Iklan

Dec 31, 2012

Mendung dan hujan di hari terakhir 2012


Bismillahirrahmanirrahim...
 
Banyak sebenarnya perancangan untuk hari-hari terakhir di tahun 2012. Hendak mengemas itu, ini. Di pejabat, di rumah. Kononnya supaya bila tahun bertambah lagi satu angka nanti, semangat untuk hidup yang lebih bermakna lebih banyak meresap ke dalam diri. Tapi dah namanya pun perancangan, ketentuannya bukan di tangan kita. Kerja banyak sangat, sebab dalam masa terdekat projek akan ditender lagi. Bukan satu, tapi tiga. Cuba curi-curi masa hari ini untuk mengemaskini fail, buang mana-mana yang tidak perlu. Itupun dalam laci tidak sempat kemas. Alamak... kad hari lahir Aisya pula belum buat. Dalam perancangan juga, hendak membuat kad sendiri seperti tahun-tahun yang lalu. Jamuan (kalau rajin) dan kek, hari jumaat nanti nampaknya. Esok, pada hari lahir dia, sesi persekolahan 2013 akan bermula disini.


Antara yang sempat dibuat bulan terakhir 2012, mengasingkan tidur anak yang sudah besar. Haha.. Dan saya sangat sukakan suasana bilik tidur kami yang baru. Yang ada gambar biru macam asap tu, kalendar 2012, manakala yang atas katil tu, kalendar 2013, menunggu masa untuk mengambil tempat. Peranggu loceng angin buluh itu juga perlu diganti dengan yang baru, sudah uzur benar.


Mengunjungi Big Bad Wolf Book Sales pada hari ke-3 sebelum tamat pesta jualan buku besar-besaran itu. Kebetulan hari itu, jumaat (211212) saya baru sampai dari K.Trg. Selepas mengambil adik di pejabatnya, anak saudara di tadika dan meninggalkan mak, Aisya dan anak saudara itu di rumah adik, saya terus pecut ke Mines Convention Centre dan kena merempuh kesesakan dan hujan lebat. Kalau tak cukup letih.. mahu banyak lagi yang saya angkut pulang. Ini antara hampir 10 biji buku yang saya sempat beli.

Sebelum ke KL, sempat lagi curi masa buat penyangkut butang baju sekolah Aisya yang mak jahit. Saya sebenarnya dah lupa caranya, tapi sebab berminat nak buat, saya 'google' caranya dan jumpa cara yang mudah. Hasilnya.. taraaa! :D

Tudung sekolah Aisya baru hari sabtu lepas saya siapkan. Itupun selepas beberapa kali melakukan kesilapan sebab dah lama sungguh tinggalkan kerja-kerja membuat tudung sekolah ini (sejak tamat sekolah la kan!). Dua meter kain rosak, sebab silap potong. Dua kali beli kain. Akhirnya, siap juga 3 helai tudung sekolah yang baru. Hehe..

Itu perkara-perkara terakhir yang merupakan suatu kejayaan. 2012 adalah manis sebenarnya, yang pahitnya sedikit sangat dan tidak menghilangkan kemanisan itu. Syukur Alhamdulillah.

2013, Selamat Datang.

10 comments:

  1. Assalam Su,
    selamat tahu baru, semoga 2013 ini membawa penuh keberkatan untuk Su dan Aisya dan yang lain. Di KL pun agak mendung pda penghujung 2013. Jom kita mulakan chapter baru dalam hidup, lebih positiv dan lebih usaha..

    O ya februari ini saya akan turun ke kenyir beberapa hari dan mungkin akan singgah di KT dua hari. harap boleh jumpa Su kalau ada kesempatan..

    ReplyDelete
  2. Selamat Tahun Baru 2013 buat Su sekeluarga. Semoga lebih berjaya dan bahagia di tahun baru ini. Aminnnn.

    ReplyDelete
  3. W'salam LW,

    Happy new year to u too! Yes, lebih positif untuk hidup yg lebih bermakna.

    Harap sgt dapat jumpa. Tegur su kat ym kalau nampak su online yer!

    ReplyDelete
  4. terasa nyaman & cantik bilik tidur tu :)
    hari2 terakhir 2012 dihabiskan dgn m'jahit lencana sekolah anak.

    Moga Allah permudahkan segala urusan Aya Yus di tahun 2013 ini dan seterusnya, Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..

      Aminnn... Ya Tuhan, tolong permudahkan.. (mood : tgh byk sangat kerja hingga tk sempt blogging!)

      Delete
  5. Replies
    1. hepi new year to you too en.sepa! its 7 days already.. :)

      Delete
  6. Assalam Aya

    Singgah sebentar setelah sekian lamanya. slmat tahun baru 2013. Semoga diberkati oleh Nya senantiasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Wachak... long time no see.

      selamat tahun baru pada Wachak juga. Same goes to you!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...