Iklan

Dec 25, 2012

Sang Rasa

Aku dalam kereta ketika itu, menjadi pemandu ayah ke klinik untuk mengambil ubat tadi, dengan berbaju tidur labuh warna merah putih, seluar track ketat hitam, kardigan merah samar labuh pula membalut tubuh dalam cuaca yang sejuk selepas hujan. Emak duduk di belakang dengan Aisya. Ayah di sebelah sedang meninjau-ninjau kedai makan diluar, katanya nak bungkus mee tomyam. Ketika aku memandu perlahan itulah aku dengar mak menyebut nama dia dalam cerita mak yang tak pernah habis. Memang aku tidak menyampuk, tidak menyahut, walau emak bercerita terus-terusan. Berkait-kait ceritanya.

Hati aku merintih bergetar di dalam. Kenapalah setiapkali aku rasa aku sudah lupa tentang dia, ada sahaja cerita tentang dia yang masih sampai ke lingkungan pendengaran aku. Dugaan atau alamat apakah ini? Bukankah melupakan itu memerlukan masa seumur hidup, sepanjang hayat? Jadi aku tidak perlu diingatkan tentang dia, atau mendengar cerita-cerita dalam versi apa sahaja yang berkait dengan dia. Dia tetap ada dalam hati aku, disudut yang aku sendiripun tidak sedar. Membuang ingatan itu, ianya tidak semudah mengundang rasa kasih yang mengambil masa hanya selepas beberapa kali berbalas email berbaur rasa hati. Tepis dan dalih tiada guna kalau hati sudah terpaut.

Diam aku bukan bererti aku tiada rasa. Bisu aku bukan bermakna aku tidak tahu apa-apa. Aku sedang cuba melupakan, membuang jauh-jauh ingatan, membakar segala kenangan, sekaligus mengikis perasaan. Ya, aku sedar tiada yang mengerti kerana lontaran kata mengikut akal, bukannya rasa hati yang berbisik. Dan kerana itu, aku kena telan segala yang pahit itu.

Biru langit menjadi latar
Kekabu memutih di tingginya dahan
Untuk berkasih sebentar cuma
Sepanjang hayat untuk melupakan

6 comments:

  1. Replies
    1. oh yer ker... menjadi ke kalau buat cerpen?

      saya suka baca sepa punya tulisan, kagum!

      Delete
  2. Salam Su,
    saya tak berapa pasti Su dalam situasi macam mana..
    whatever happen..rasanya saya faham apa yg Su maksudkan
    semoga tabah dan kuat menghadapi segalanya
    kita mohon supaya Allah permudahkan segala urusan..
    be strong ya!
    ya ayat sedap tu...boleh jadi cerpen..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam LW...
      Insyaallah, thanks LW!

      Hmm... nampaknya boleh la yer, tulis cerpen lak lepas2 ni.. hehe..

      Delete
  3. Ini sebuah memoir...
    Pada satu hari nanti, ianya sungguh memberi makna kepada kamu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. cuma ada waktunya, kita tidak sempt mengingat masa lalu berlebih-lebih lagi pada suatu kedukaan kerana kita sendiri sedang merangka masa kini dan hadapan yang lebih bermakna..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...