Iklan

Oct 1, 2013

Yang Boleh Pusing Kepala Ke Belakang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

Situasi pagi tadi.

Kuk! Kuk! Kuk!

Kuat kedengaran bunyi ketukan yang entah apa itu. Aku jenguk ke luar bilik.


Budak kecik itu tengah syok ketuk gagang telefon kat almari rupanya.


Sebelum sempat cakap apa-apa, aku terbersin.
 
'Acchooooo!!
'Aduh.... Arghhhhh.....!!'

Aku rasa sakit di belakang leher ke bahu sebelah kiri, tersilap urat barangkali. Sakitnya.

Aku cuba gerak-gerak leher, kiri, kanan, bawah. Kemudian cuba dongak, tak dapat. Sakitnya.


Akhirnya suruh mak cuba urut sikit kat belakang bahu.

Sambil mengadu, 'Pusing kiri kanan tak sakit. Tengok bawah pun ok. Nak dongak cam tak dapat'.

'Pusing belakang?' soal mak.


'Yang boleh pusing kepala ke belakang tu, hantu!!!'


Mak gelak sakan.

6 comments:

  1. Su,
    Tak pasal2 la pulak salah urat..
    Tapi kalau sungguh Su blh kpala pusing blakang.. K.Sham la org pertama blah dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.... Jgn k.sham, baru nk kenal2 beramah mesra ngan k.sham ni. Rugi jugak selama ni jd silent reader jer. hehe...

      Delete
  2. Ouch! Sakit urat di bahagian upper body itu lah yang paling tak suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... sakitnya lama dan susah nk hilang.

      Delete
  3. Replies
    1. tapi sakit kat belakang leher, masih tk hilang sepenuhnya... so, tk berapa happy ending to me.. hehe...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...