Iklan

Aug 14, 2014

Lontar belakang? (#throwback)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum penghuni alam semesta yang sementara,

Hampir habis seminggu aku yang kelam kelibut. Hari ini aku dapatlah berehat sedikit, melunjurkan kaki atas cpu bawah meja sambil mencari bahan bacaan dalam internet. Tapi, bosan. Eh, sekejap lagi ada kontraktor nak datang. Aduh... malasnya nak melayan. Melihat seorang blogger terkenal membuat perubahan BESAR pada blognya, dengan membuang hampir 90% entri yang dirasakan tidak berfaedah, dan meninggalkan hanya 180 entri, aku terpanggil untuk menjenguk sejarah blog sendiri. Hehe...


Sedar tak sedar, dah 7 tahun rupanya aku berblogging. Tapi entri aku tak banyak pun. Ada yang aku rasa OK, banyak juga yang KO. Entri Mac 11, 2008. Selepas 6 tahun, apa yang berlaku?


Dah setahun rasanya tok wan dah sakit-sakit tua. Berjalannya, kena pimpin. Sembahyang sambil duduk. Makan minum kena hidang. Berak kencing, berlampin. Tapi tok wan masih sihat minda. Masih ingat segala. Tok wan sekarang, selepas sering dicuci mindanya oleh cucu-cucu, sudah semakin kurang bersungut, mengharap seterusnya kecewa. Lebih-lebih lagi pada anak lelaki yang jarang menjenguk pulang. Lumrah anak lelaki, kahwin dengan orang luar (bukan negeri sendiri), kampung halaman dan orang tua sudah menjadi bukan keutamaan. Kerja, anak isteri dan keluarga isteri (mertua dan ipar duai) lebih diberikan kepentingan.


Aku perasan, mak aku sebagai kakak sulong selalu juga tersentuh hati apabila adik dia yang dulu masa kecil dikelek ke sana ke mari, tak sudi jenguk ke rumah barang sekejap apabila balik kampung. Mujur adik bongsu mak, agak lancang mulutnya tak berlapik. Aku rasa kadangkala orang begitu lebih senang meluahkan kemarahan dan ketidakpuasan hati bagi pihak semua orang, daripada sering memendam rasa.


Dan begitulah kehidupan berjalan, kita telan rasa dan ajar hati terima seadanya. Hidup pun jadi tenang bila kita tak letakkan harapan.

8 comments:

  1. 7 tahun...lamanya sis.dah kira blogger otai ni

    Hidup pun jadi tenang bila kita tak letakkan harapan... suka quote ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berapa nak otai jugak, entri bercampur aduk emosinya! hahahaha...

      Betul kan, sebab kalau kita mengharap, ada dua kemungkinan di penghujungnya, gembira atau kechewa!

      Delete
  2. Salam Sue,
    hakikat hidup kan..agaknya memang benar orang kata bila berkahwin, bukan berkahwin dengan isteri saja, tetapi dengan seluruh keluarga isteri. walaupun sepatutnya ia tidak wajar terjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sha,
      memang tidak wajar sangat kan! tapi itulah yg terjadi dimerata-rata... sedih!

      Delete
  3. Wahhh..dah 7 tahun, lagi otai daripada saya. Syabas!!

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Kak Su, saya dah tukar blog. Blog lama ada masalah. Skang dah create blog baru. Jemput singgah http://msniela.blogspot.com/

    ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...