Iklan

Jun 25, 2010

Mendung yg muram

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini mendung. Bila hari mendung, dengan aku dan mood aku pun jadi mendung. Nak hujan, tak turun sampai ke petang. Matahari pun segan jer nak keluar. Tapi kalau nk ke mana2 ok la, tak panas. Jadinya, sejak pagi merancang nak ke Giant, bila mak, ayah dan cik ke rumah mokteh utk membaiki bumbung rumah mokteh yg rosak. Berdua di rumah bosan la pulak.

Lepas bersiap2, baru nak breakfast, dengan nasi dagang yg nampak sedap plak pagi ni. Err.. pagi2 pun dah jam 10. Breakfast sambil nonton tv citer Panggilan Sangkakala. Eh.. Rita Rudaini la. My fav actress. Tengok la kejap. Akhirnya melekat depan tv, sampai habis cerita. Kul 11, baru bertolak ke Giant, bila cik dah balik rumah tp mak dan ayah lum balik.

Best lak drive on friday jalan tak sibuk. Sekejap sahaja, dah sampai dan parking pun senang. Kononnya nak shopping makanan jer, dan bahan2 nak masak. Tapi tu la, kita hanya mampu merancang. Hahaha..

Err.. still under control walaupun sedikit terlajak. Cuma beli sehelai legging dan sehelai baju utk Aisya jer. Yg lain, makanan la.

Oh yer.. malam semalam balik dari kedai, makan biskut crackers yg square tu cicah milo. Sedap plak. Teringat masa kt Taiping tahun 1994 dulu. Itu la yg aku makan almost every night bila lapar kat asrama. Kekadang ngan instant nestum tu. Aku rasa la, sebab makanan tu la aku jadi gemuk dulu.. hmmmm..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...