Iklan

Jul 25, 2010

Mendung diluar, mendung juga di dalam.

Sudah beberapa hari matahari malu nak menjenguk keluar. Asyik berselindung di sebalik awan kelabu. Jumaat, dalam kemendungan, sempat lagi membuat spaghetti bolognese untuk Aisya. Selepas layan spaghetti, kacau tepung untuk buat kek coklat. Itupun dah lewat petang sebab dalam pukul 3 petang keluar ke Giant mencari perencah kuah spaghetti.

Sabtu pula, selepas melayan kain baju di mesin basuh untuk di jemur, ke bandar sekejap bersama mak dan Aisya, sebelum balik singgah di kedai. Melayan cuaca mendung, beli ais krim dalam cawan. Sampai rumah, sebelum menjamah nasi sebagai makan tengahari, mengadap dulu kek coklat semalam dengan aiskrim. Sungguh menyelerakan. Kemudian, sepetang melayan tv, lena sekejap dan bangun untuk makan lagi sebab terasa lapar. Oh.. cuaca mendung sangat menimbulkan kebosanan sehinggakan perut juga asyik meminta diisi. Tiada kaitan? Tak apa.. abaikan.

Hari ini kuharapkan matahari bersinar terang memberikan semangat untuk memulakan hari bekerja dengan cemerlang gemilang. Tetapi, kuciwa sungguh. Hanya samar2 cahaya sahaja yg nampak di langit. Dan kemendungan itu terus berjangkit ke dalam hatiku. Ditambah pula perencah secukup rasa, sesedap selera, bertambah2 la mendung di dalam hati. Lebih mendung dari luaran rupanya.

Aku cuba senyum.. tapi, aku rasa senyum aku dah jadi tawar. Tiada perisa. Aduhhh... tensen sungguh hari ini. Penawar pula tiada. Harap2 esok matahari bersinar terang, memberikan cahaya untuk aku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...