Iklan

Jul 31, 2010

Makan kat tempat baru

Salam,

Petang semalam keluar makan dengan Aisya selepas mengambil dia kat sekolah kelas Qafa. Seperti biasa, Aisya tukar baju dalam kereta. Sehari suntuk menghabiskan masa kat rumah dalam cuaca mendung, perasaan sungguh tidak tenteram. Jadinya, cuba mencari mood dengan keluar untuk tujuan mencari sesuatu yang boleh mententeramkan. Contohnya, shopping.. hehe..

Sebelum shopping ada budak merengek lapar, jadi kena layan kerenah dia dulu. Teringat pula kat food court baru buka kat tepi Giant. Boleh jugak cuba ni. Menapak la saya dengan Aisya sebab parking kereta memang amatlah jauh. Tapi takper, anggap jer la ianya exercise di petang hari jumaat.


Mujur ada air 100plus penghilang dahaga dijual. Jadi ini air yang selamat, tak perlu khuatir tentang kesedapannya. Lagipun, ia memang favourite aku dan Aisya. Bagi orang yg kurang minum ais macam aku, dan diajar untuk kurangkan minum ais macam Aisya, ini pilihan paling tepat. Air kena order sendiri, ambil sendiri dan bayar, dan bawa sendiri ke meja makan. Tak payah di harap pada beberapa orang pelayan yg hanya beberapa orang sahaja berbanding pelanggan yg ramai.

Ada dua ruang menyediakan tempat meja dan kerusi utk makan yg jelas dan nyata. Yg tersembunyi, aku tak tahu ruang apa. Tulisnya di pintu, seperti ruang berhawa dingin, tapi aku nampak pelayan yg mengambil order makan keluar masuk ikut pintu itu. Jadi timbul kekeliruan sikit bagi aku yg sempat menjeling ke dalam bila pelayan masuk. Kebetulan aku duduk di tepi tiang berhadapan pintu masuk itu. Nampak ruang dalam itu kosong sahaja. Atas meja ada menu. Tengok menu, dan order. Senarai air tak ada sebab kena order sendiri di tempat menjual air sebelah kaunter bayaran. Untuk Aisya, mee goreng dan aku hanya nak makan nasi goreng kampung.

Makanan yg dipesan agak lambat sampai. Dan bila sampai sahaja, sangat mengecewakan. Mee goreng sejuk langsung tak terasa panas apalagi suam2 kuku. Ada beberapa ketul 'ayam' yg lebih lemak dari isi. Mee hanya bergaul kicap (kelihatan dan rasanya begitulah).


Nasi goreng nampak cantik pada pandangan pertama walaupun ketara sikit daripada biasa kita makan di mana2 kedai. Ada sehiris timun diletak di atas sehelai daun salad bagi nampak cantik. Bila rasa, juga amat mengecewakan. Setengah suam2 kuku sahaja, tu pun bila disudukan yg ditengah2nya. Seperti diletakkan dalam oven utk dipanaskan utk 5 minit jer.

Sebenarnya ada beberapa kiosk di sebelah luar di mana perlu pergi order sendiri. Mungkin kat sana samada makanan itu di masak ataupun tidak, boleh nampak jelas. Ini aku tak tahu la entah bila diaorg goreng mee dan nasi tu. Agaknya sejak pagi la kot.

Maaf, rasanya itu kali terakhir aku ajak Aisya ke sana. Lagipun, jarang sebenarnya keluar makan dengan dia. Dalam sebulan, ada sekali. Biasanya lebih suka memasak sendiri apa yg dia nak makan. Rasanya lebih elok begitu. Kita tahu apa yg kita letak untuk anak, dan diri kita makan. Dan kita juga tahu macamana cara kita masak, kan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...