Iklan

Sep 19, 2013

Cuti-Cuti Malaysia - Pulau Kapas, Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...




Rasa rugi juga bila tidak ke mana-mana pada hari cuti umum yang bersambung dengan cuti hujung minggu. Hujung bulan lepas, cuti hari Merdeka yang jatuh pada hari sabtu dan menyebabkan hari ahadnya cuti, aku tidak ke mana-mana. Aku kena buat kek untuk jamuan hari raya yang diadakan di surau berhampiran rumah pada hari sabtu tersebut. Rancangan kononnya hendak ke Pulau Kapas (Pulau Kapas sahaja pun!) terpaksa ditunda.


Alkisahnya, kampung aku dengan Jeti Pulau Kapas di Marang hanyalah berjarak (sekejap, aku tengok google map.. hehe).. 14km lebih kurang dan mengambil masa sekitar 15 minit sahaja dengan kereta. Manakala dari jeti tersebut ke Pulau Kapas menaiki bot laju, hanya mengambil masa sekitar 10 minit sahaja. Maknanya untuk sampai ke Pulau Kapas, masa yang diperlukan tidak sampai setengah jam pun! Punya la dekat kan, tapi yang agak memalukan kaum, ini baru pertama kali aku ke sana. T____T (nangis!)



Aku hanya pergi berdua dengan Aisya, pergi hari Jumaat lepas dan balik keesokan harinya. Cukup semalam sahaja, kalau lebih-lebih, rentung jadinya. Kami tinggal di Makcik Gemuk Beach Resort, di chalet yang berharga RM80 semalam dengan kemudahan tandas di dalam, tv, katil besi besar dengan tilam spring dan cadar yang sangat nipis akibat lusuh, 2 biji bantal  dan selimut juga nipis dan lusuh mujur tidak berbau, meja buruk yang hampir roboh, sehelai sejadah, kipas berdiri dan lingkaran ubat nyamuk Fumakila (tanpa mancis). Tidak ada tuala disediakan. Pada pandangan saya, chalet yang ada penghawa dingin juga (RM120 semalaman) lebih kurang sama sahaja saiznya, dan kemudahannya juga barangkali. Sumber elektrik di pulau tersebut adalah menggunakan solar, dan sepanjang kami di sana dua kali elektrik padam. Sekali siang dan sekali malam.


Kaunter Makcik Gemuk Beach Resort adalah yang pertama dalam barisan unit kedai dari tepi jalan masuk ke tempat parkir kereta di Jeti Marang. Maka memang dia mendapat lebih perhatian, tambahan pula hanya dia yang aku rasa sering didengar-dengar disebut. Sebenarnya ada banyak resort lain di Pulau Kapas, dan aku tidak langsung tahu tentang itu.


Mungkin, putih pasir di Pulau Kapas tidak seputih pasir di Pulau Perhentian, atau Redang. Halus pasir di Pulau Kapas, juga tidak sehalus pasir di Pulau Perhentian atau Redang. Tetapi damainya tetap ada di situ, laut indah yang mengelilinginya tetap laut yang sama, biru, jernih dan penuh misteri, Laut China Selatan.






  







4 comments:

  1. Saya pertama kali jejak kaki di pulau kapas ni pada tahun 1996 selama 2 malam di Kapas Island Resort. Lepas tu kerap juga pergi, kadang2 bermalam dan kadang2 balik hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa... yer ker? Khairul, awak bukn asal mana sebenrnya? Bukan perak ker?

      Tu la... rasa nk pegi lagi la lepas ni.. tk bermalam pun tk per.. hehe..

      Delete
  2. Assalamualaikum dik,
    Salam ukhwah dari Kak Sham.
    T.kasih kerana sudi bertandang ke rumah comel Kak Sham.
    Keep on writing ya.. suka baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Kak Sham...

      Terima kasih berkunjung ke blog yg 'ada-ada' jer ni.
      Insya- Allah kak sham, selagi ada penyokong dan cerita.

      :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...