Iklan

Mar 23, 2014

KK dan Kundasang, Sabah - Episod Redah & Terjah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Tahun lepas, sekitar bulan 9, aku dan adik beriya-iya jenguk laman web AirAsia. Ya, kami akhirnya terpengaruh dengan promosi free seat, padahal tarikh yang hendak kami tempah adalah lambat lagi. Juga terpengaruh dan dengki dengan abang kami yang telah ke KK tahun sebelumnya dengan tiket yang murah! Hahaha...

Bagaimanapun, selepas membuat tempahan tiket, adalah sangat menyedihkan bila melihat promosi-promosi AirAsia dengan tiket yang lebih murah! Tapi.. nasi dah jadi bubur kan. Maka promosi-promosi selepas itu, aku cuba untuk tidak melihat (pejam sebelah mata), supaya tak rasa menyesal. Hehe..

Episod redah dan terjah ini berlaku kerana walaupun kami telah lama menempah tiket kapal terbang, samada aku ataupun adik aku, langsung tak rancang apa-apa dari awal. Padahal masing-masing tak pernah jejak pun Negeri Di Bawah Bayu itu. Last minute plak, masing-masing sangat sibuk hinggakan hotel dan kereta pun kami tempah seminggu jer sebelum terbang. Print map sehari sebelum gi KL, dan kami hanya sempat jenguk blog-blog yang bercerita tentang KK dan Kundasang sahaja sebagai panduan. Aku pula, memang selalunya jenis suka redah jer, tak suka sangat buat perancangan awal sebab selalunya aku jarang ikutpun apa aku rancang.

Sebenarnya ini merupakan pertama kali aku arrange sendiri hampir semua sekali satu percutian, dari cara nak booking flight ticket, cara dan bila nak buat online check-in, bila nak kena ada kat airport, dan ini juga merupakan kali pertama aku naik AirAsia sendiri! Memang banyak sungguh yang aku belajar daripada percutian kali ini. Sebelum ini, untuk sebarang urusan percutian atau kerja melibatkan flight, aku hanya serah segala urusan kepada orang yang handle atau pejabat sahaja. Tahu-tahu, aku dapat boarding pass, dan check-in kat airport sahaja. Itu yang aku kata ini episod redah ni. Hahaha..

Hasilnya, banyak pengalaman baru, pengajaran berguna and the outcome is so, so, soooo amazing!!! Kundasang adalah sangat menakjubkan, dan keterujaan kami hampir mencapai tahap maksimum. Hahaha... (Jakun woi!!..hahaha..). Kali ini aku share dulu beberapa keping gambar, aku dan Gunung Kinabalu. Hiks! Nanti lepas-lepas ini, aku kongsikan pengalaman dan pengajaran untuk semua.

Gambar ni terlebih 'blue'.. Ini kat Desa Dairy Farm seawal jam 7 pagi.

Desa Dairy Farm, boleh masuk jam 8 pagi. Kerana sangat teruja, hampir pukul 7 pagi kami dah tercegat kat luar pagar ladang, sambil makan roti dan menghirup udara segar sesegar segarnya.

Masa ni baru sampai Kundasang, sekitar jam 6 petang. Gunung diselimut kabus, tapi kami tetap teruja walaupun dapat intai gunung celah awan sahaja.

Desa Dairy Farm, tempat yang sangat sangat indah, walaupun perjalanan ke sini sedikit memeritkan.

Ingat nak ambil biji benih bunga ni, nak bawa balik kampung, tapi cari-cari tak jumpa pula yang dah kering. Sayang, jarang jumpa bunga ni berwarna pink/purple, selalunya yang kuning jer selalu nampak.

Aku zoom kamera aku sebab aku nak tengok kalau-kalau ternampak orang kat atas gunung tu!

Itu manusia yang jakun. Tak habis-habis memuja gunung yang tinggi tak tercapai dek tangan.

Haa.. tapinya, tupai ini jinak walaupun juga tak tercapai dek tangan. Dia asyik ke sana ke mari atas pokok dekat kami bergambar. Rasa nak tangkap jer.


Nanti-nanti aku sambung lagi cerita yang sangat best ini.

Aku rindu kamu. Tiba-tiba. K bye.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...