Iklan

Apr 23, 2014

Cuaca dan kita yang jarang bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Hujan, kita bersungut sebab kain baju di jemuran basah. Kita bersungut susah hendak membuat urusan di luar, ke bank misalnya. Kita mengeluh lagi apabila kereta yang baru dicuci semalam kotor di jalanan akibat ikut bontot lori. Banyak sungguh sungutan kita.

Panas, lagi-lagi kita mengeluah. Panasnya nak ke bank, dah la parking kereta jauh. Panasnya nak keluar pergi makan. Panasnya, air cond kereta di pasang kuat pun tak terasa. Panasnya sekarang, habis kering pokok-pokok bunga, tak cukup bersiram sekali sehari. Panasnya sekarang, rumput-rumput habis kering dan cepat sahaja kebakaran berlaku di mana-mana.

Baru sahaja semalam aku tegur mak, 'panas bersungut, hujanpun pulak mengeluh'. Mak menjawab, 'hujan sikit pun tak pe'. Padahal hujan sedikit yang turun hari jumaat lepas, tak cukup untuk menyejukkan Kuala Terengganu yang tengah panas!

Aku ingat lagi, dulu-dulu ketika aku kecil, panas begini adalah biasa di bulan padi telah habis dituai dan jerami seronok dibakar. Bulan-bulan begitu, panasnya hinggakan tanah-tanah bendang akan merekah-rekah. Dan aku selalu merenung ke celah rekahan-rekahan itu dan berfikir sejauh manakah dalamnya rekahan itu.



Tapi mak cakap, 'panas masa dulu itu, ada angin!'

'Sekarang pun ada angin mak, kalau tak, takkan pulak budak-budak tu elok jer main wau petang-petang'.

Aku rasa, panas dulu mungkin panas biasa-biasa. Panas sekarang, sebab banyak dosa!




Tapi panas akhir-akhir ini memang sedikit luar biasa. Pada aku. Sebabnya, satu ialah aku buka air cond kereta pada waktu pagi dalam perjalanan ke pejabat (aku hampir tak pernah buka air cond kereta di waktu pagi). Kedua, aku tidur dan membiarkan selimut kekadang masih berlipat (aku jenis yang tak boleh tidur kalau tak berselimut). Ketiga, aku buka kipas di pejabat walaupun air cond sudah terpasang.





Bagaimanapun, alhamdulillah... sekarang bunga-bunga tengah hebat berkembang. Buah mempelam, jambu golok, hebat bergayutan. Layang-layang seronok bermain angin petang-petang. Anak lembu yang baru lahir juga ligat berlompatan!

4 comments:

  1. Shah alam asyik hujan setiap petang...suka...tapi atap aku bocorlah pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. tiba2 teringat perihal atap bocor ni. kena tadah ngan besen, pastu letak surat khabar yg digumpal dlm besen tu. tak nak air bocor tu memercik keluar.

      Delete
    2. ...kena pula bumbung zink, rintik hujan yg menimpanya mula2 terasa bingit tp lama2 mcm terkhayal pulak...macam bunyi air terjun menghujam batu2 pejal...terasa asyik...dan boleh terlena.
      Itu kalau akulah....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...