Iklan

Apr 20, 2014

Takdir Apakah Yang Sedang Menunggu Aku?

Bismillahirrahmanirrahim



Ada agak ramai orang di situ. Lebih kurang tiga puluh orang anggaran aku. Bercampur-campur, lelaki dan perempuan. Tapi lelakinya lebih ramai. Perempuan hanya sesuku dari jumlahnya.

Pakaian mereka dalam stail kasual. Stail aku apabila kena ke tapak pembinaan. Jadi aku yakin kami semua sedang bekerja. Lagipun aku rasa biasa dengan mereka. Di mana selalunya aku hanya berada dalam situasi yakin begitu apabila ianya melibatkan bidang yang aku biasa sahaja.

Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Lebih kurang lima orang untuk satu satu kumpulan.

'Su, awak join group tu la'.

Ada suara mengarahkan aku yang berdiri disebelah yang bersuara, di hadapan semua orang.

Aku senyum, dan menjawab 'Beres!'

Dan aku melangkah ke kumpulan kedua yang berdiri dibelakang kumpulan pertama, di sebelah kiri aku. Dengan langkah yakin, menapak setapak demi setapak.

Tapi langkah itu kaku setelah dua tiga langkah.

Aku kenal wajah itu.
Aku kenal dengan renungan mata itu.
Aku kenal senyuman nakal yang sedang tersungging di bibir itu.
Dan lagi.. aku kenal kereta putih dibelakangnya itu!

Masya Allah... takdir apakah yang sedang menunggu aku ini??



Secebis catatan mimpi semalam. :D

5 comments:

  1. Replies
    1. hahahahaha..... tak terfikir lgsg!

      Delete
  2. Hehehe...bkn apa, aku fikir siapa org itu akan terjawab kalau aku tau kereta putih tu...

    ReplyDelete
  3. Tepat?? Memang kereta mayat? Huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...