Iklan

Jun 30, 2014

Dah Ramadhan dah!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Selamat berpuasa semua. Dah hari kedua kita berpuasa yer. Cepat benar masa bergerak zaman sekarang ni kan. Rasanya baru saja lagi aku beraya dengan baju kurung Vietnam.. eh! Hahaha.. sebenarnya baju kurung bling-bling yang dua helai aku beli kat Vietnam tahun lepas, dan pakai masa raya tu, baru hari ini aku ulang pakai untuk kali kedua. Nampak sangat aku tak suka pakai kan. Bukan sayang tau. Tapi memang aku kekadang kalau sayang satu satu baju tu, pun aku jarang pakai. Mungkin juga sayang tu sebenarnya nak tutup kecewa dengan ketidakselesaan baju yang kononnya disayangi itu. Faham tak apa aku cuba terangkan ini?


Tapi, baju kurung Vietnam ni, aku tak sayang sangat pun. Bling-bling ni semua, really not me. Bukan setakat baju, tudung pun. Sebab utama aku tak ulang pakai baju kurung ni, kainnya yang entah apa-apa. Kain susun yang besarnya muat untuk orang saiz xl padahal baju kurung tu saiz s. Aku pakai hari ini pun selepas dah berapa bulan dah mak aku buka dan jahit semula kain ni. Sayang juga tengok baju ni tergantung tak terusik. Sepasang lagi, selamat berlipat elok dalam almari entah apa cerita. Hehe...


Sempena Ramadhan, aku dah selamat pindah pejabat. Puasa tahun ini bermula di tempat baru, bangunan lama betul-betul depan masjid terapung. Tak jauh pun sebenarnya dari pejabat lama aku. Kami kena pindah sebab pejabat lama telah dijual oleh pemiliknya dan pemilik baru mungkin nak guna tempat tu. Perasaan? Walaupun bangunan ni dah agak lama berbanding bangunan pejabat dulu, rasa gembira berpindah ke tempat baru tu tetap ada. Memang kelam kabut dengan segala fail dan dokumen bagai kan. Tapi seronok pula menyusun atur semula segalanya di tempat baru. Yang pasti, dengan berpindah, banyak betul dokumen dan drawing yang dibuang juga. Terlalu banyak, hinggakan aku tak sanggup nak tolong kemas sangat. Kalau aku tolong, teruk jadinya sebab aku suka baca semula apa yang hendak dibuang. Kalau aku tolong, sebulan aku rasa tak siap-siaplah kami berkemas. Makanya aku kemas bahagian aku sahaja. Hehe...


Banyak hal pula yang macam terkumpul dan tertolak ke bulan ini untuk diselesaikan. Hal-hal personal seperti menjahit baju sendiri, dan hal-hal kerja termasuk kerja luar yang bagaikan rezeki tersepak tetapi memerlukan pengorbanan masa, yang memang selama ini aku memang susah nak korbankan. Mungkin bagaimanapun ianya boleh tutup semula duit yang keluar untuk tayar kereta yang kena ganti pagi tadi, dua biji. Dan rancangnya, dekat nak raya nanti la kot (bila dapat gaji lagi.. hahaha) untuk dua biji yang belakang pula. Dah namanya pakai kereta, dah 4 tahun plak tu, jangan pula nak bersungut nak kena tukar tayar kan. Kalau tak nak tukar tayar mahal-mahal, engkau jalan kaki jer pergi kerja. Kan.


Macamanapun cerita aku, orang lain aku pasti ada macam-macam lagi cerita. Cerita suka, duka juga. Sama-samalah kita berdoa, semoga Allah permudahkan urusan kita semua. 


 


8 comments:

  1. Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat Su sekeluarga. Semoga kita sama-sama beroleh keberkatannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa yang panjang untuk khairul sekeluarga juga. Tapi su pasti, alah bisa tegal biasa bukan? Dan su rasa mungkin akan ada sesekali nanti waktu sahur kalian akan ditemani si kecil itu. :)

      Delete
  2. Pejam celik, hari ni dah puasa hari ke 3...
    Cepat sgt berlalu...
    Dan berpindah mmg memenatkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, nanti seminggu cepat jer berlalu. Then, sibuk nak raya plak.
      Oh... yg tu jgn cakap, memg penat. Tapi aku penat sikit jer. Hehe...

      Delete
  3. Selamat berpuasa Su.

    Best lah pindah.
    Nnt ada pemandangan baru.
    Udara baru.
    Mungkin semangat baru. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga pada Lily sekeluarga.

      In sha Allah, semangat baru, itu yang paling su nak! Semoga dengan pemandangan dan udara baru bisa membangkitkan semangat!

      Delete
  4. Ramadhan Kareem.
    Rindu K.Sham pd Su.. tahniah dgn tempat kerja yg baru.

    Btw, K.Sham recycle pakai baju raya 2 tahun lepas.
    Cuma K.Sham ni lagi selesa dengan baju kurung asli.
    Baju kurung moden.. okey saja tapi yg asli tetap di hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan K.sham! Rindu k.sham juga!

      Kononnya niat su begitu juga k.sham. Tapi kekdg tk bleh percaya kat diri sendiri, la ni baju maxi ala jubah tu byk sangat dipasaran, asyik terliur jer. Lebih2 lagi jenis kain tk perlu iron. Senang! Hahaha...

      Projek menjahit su, guna kain cotton jer k.sham. Pun buat baju kurung sahaja. Old school su ni. Hehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...