Iklan

Apr 15, 2008

Book fair & Family day..


Kelabu mata di book fair PWTC last friday. Terlalu banyak buku yang hendak ditilik dalam masa yang agak singkat. Sepatutnya boleh menghabiskan sehari suntuk di situ, tapi.. last minute rancangan terpaksa diubah kerana tiket bas pd hari khamis mlm ke kuala lumpur habis! Jadi terpaksa bertolak pd pagi Jumaat, dan sampai di Putra jam 5 petang. Inilah gara-gara membeli tiket last minute! Tu pun, mujur tiket ada. Kalu tak, tak pasal-pasal terpaksa melepaskan peluang pergi bercuti free! Habis hampir RM200 jugak di book fair. Terlalu banyak pilihan buku, dan buku yang memang dah lama di cari di terengganu tapi tak ader, ada pelbagai penerbitan! Of course la banyak buku yang dibeli untuk dania. Menjadi suatu kemujuran juga, dia tidak buat perangai di situ biarpun keletihan kerana sebaik turun bas sahaja dr terengganu, berehat sekejap menunggu busu dia sampai dan terus ke PWTC. Dan, orang ramai juga tidak terlalu sesak. Alhamdulillah. Tuhan mempermudahkan urusan kami. Bayangkan kul 10 malam baru balik ke rumah busu, dan dia masih sempat melayan adam. Kuat semangat jugak anak aku seorang ni.


Keesokan harinya, kami bertolak ke Port Dickson jam 10 pagi. Niat aku hanya untuk membiarkan dania merasakan pengalaman baru. Biar dia mendapat pengalaman yang pelbagai dalam usia yang masih muda. Sekurang-kurangnya, tak der la nanti bila orang bercerita apa-apa tentang kuala lumpur, water slide, zoo, shopping complex, klcc, kl tower, underwater world, dan macam-macam lagi, dia melopong. Seronok melayan dia dan adam bermain air, hinggakan terniat dihatiku untuk menghantar dia belajar berenang. Banyak sungguh la plak niat aku atas dania seorang ni. Nak hantar kelas tae kwan do la, hantar berenang la.. Macam-macam.. Tapi bagus jugak join family day Petronas Carigali tu, sekurang-kurangnya dania dapat jumpa Uncle Aznil yang tiap-tiap malam (kalu buleh) dia nk tengok dalam Tom-Tom Bak biarpun episod yang sama. Siap sorokkan remote control tu, sebab takut kita tukar siaran. Dania..dania...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...