Iklan

Jun 26, 2010

Kenduri? Malas la...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sambil menggodek2 facebook, menerima dan menghantar gift kt farmville, dan juga menjenguk google reader, melayan laptop yg lembap ini, sempat lagi mengeksplorasi ke folder my personal document yg lama tidak dijenguk. Err.. banyak la pulak perkara yg dibuat dalam satu2 masa ni. Tadipun sama, memasak tomyam while watching 'Dhoom' kat tv sehingga tak sedar jam dah hampir 2.30. Ayah yg baru balik dari bandar, melepas lelah atas tangga kt dapur dan bertanya 'Aisya tak sekolah ker hari ni?'. Dan dengan selambanya aku bertanya, 'Dah kul berapa ayah?' dengan sangkaan dan keyakinan lambat lagi jam 2.30 ptg. 'Dah 2.15 dah!'. Apa lagi, kelam kabut suruh Aisya bersiap utk ke sekolah. Woman, always like that. Hahaha... I mean, suka buat byk benda dalam satu2 masa.

Ok, back to cerita awal tadi, menggodek my personal folder. Jumpa la satu karangan yg sumber asalnya tidak diingati dari mana. Baca2 dan teringat perbualan dengan kawan beberapa hari lepas.

Perbualan pertama tentang;
Kenduri kendara yg acap sgt akhir2 ni. Ramai sungguh yg nak kahwin, bertunang, menyambut menantu dan yg seangkatan dengannya. 'Aku dah malas nak hadir kenduri2 ni, mengiring pengantin atau menghantar rombongan. Kalau aku kawin pun, tak adernya semua2 tu. Tu pun kalau kawin..'. Kata kawan aku itu. Eh eh.. sama la apa yg aku rasa akhir2 ni.

Perbualan yg lain (dengan orang lain) tentang;
Nak pergi berjalan2 atau ke mana2. Kawan ini pula berkata, 'Masa sorang2 ni la senang nak ke mana2. Kalau dah berdua, nak tunggu dapat keizinan tu, sekian hal la plak, kan.' Eh, eh.. sama la fikiran kita. Hehe...

Kesimpulan yg dapat dibuat disini, nampaknya perkahwinan itu sudah jatuh yg nombor ke berapa dah bagi golongan yg agak lambat jodoh, ataupun yg sama status dengan aku, ibu tunggal. Sekarang, baru aku faham kenapa mereka2 ini tidak berapa nak fikir tentang kahwin dan jodoh. Bukannya tak mahu kahwin, tapi mungkin seperti tidak mahu mengharap seterusnya terkecewa. Mungkin juga lebih kepada banyak perkara lain yg boleh dibuat selain memikirkan tentang itu.

Dulu2, aku rasa hipokrit mereka2 yg sering cakap, tak fikirkan tentang kahwin, malas nak fikir la, tak kisah la, dan macam2 lagi la. Sekarang, bila aku sendiri seperti itu, baru aku faham. Dan kenal pula golongan2 yg sama bergelar ibu tunggal, lagi aku mengerti.

But still, wanita masih memerlukan lelaki. Itu yg aku jumpa dalam folder tu tadi. 'Benarkah wanita memerlukan lelaki?'. Ya.. Itu kenyataan yg tidak boleh dielakkan. Dan sebaliknya juga adalah benar. Lelaki juga memerlukan wanita. Tuhan mencipta manusia berpasang-pasangan itu untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Kan.

2 comments:

  1. "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...