Iklan

Jul 9, 2010

Makan hingga perut ketat.

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam, kononnya selepas kerja (aku balik awal) terus memandu ke Secret Recipe di Jalan Sultan Zainal Abidin. Jalan masih kurang sesak, jadi sekejap sahaja dah melilau mata depan bangunan Wisma Cemerlang mencari parking kosong. Biasanya cekap sahaja mata ini menangkap kereta yg baru hendak keluar dari petak parking. Nasib malang, parking penuh dan tidak ada satupun yg hendak keluar. Aku pusing sekejap, dan menunggu beberapa minit di bangunan bertentangan. Kemudian memandu pulang dengan perasaan sedikit kecewa. Teringin sungguh nak makan sepotong cheese cake. Tapi takper, sebelum pulang tadi sempat menjenguk ke bahagian sejuk beku Mydin. Membeli daging kisar RamlY, tomato puree Ayam Brand dan Lemon Grass Crispy fried chicken Ayamas. Wohooo... detail, siap dengan brand lagi.. hahaha..

Jadinya, balik rumah, rehat kejap kemudian bergegas pula mengambil Aisya di sekolah. Jam 6.15 lebih kurang, baru masak kuah spaghetti. Spaghetti tu dah beli lama dah. Hari tu dah masak sekali. Buat kuahnya tak letak daging kisar, cuma guna perencah kuah spaghetti Maggi jer. Kurang sedap lak. Dulu2 pernah guna kuah spaghetti brand aper ntah, yg dalam botol keluaran tempatan. Pun, kurang sedap. Nak guna Prego cam ragu2 skit sejak mendapat email tentang keraguan kehalalannya. Kemudian, baru2 ni kat KL ketika makan spaghetti di restoran asam pedas aper ntah kt JJ AU2, cerita kat adik tentang kuah spaghetti yg kurang menjadi tu. Adik ada sebut daging kisar RamlY. Haa.. yg tu, memang Insya Allah halal la kan. Selama ni tengok daging kisar yg dijual tu, cam takut jer nak beli. Hahaha...

Kuah spaghetti kali ini, siap dengan daging kisar dan button mushroom lagi. Memang sedap, hinggakan Aisya pun boleh makan mushroom tu. Err.. seperti biasa, terlupa nak ambil gambar. Memandangkan ayah dan mak kurang makan benda2 yg pelik ni (dianggap pelik apabila benda itu western food atau jarang dihidangkan di rumah ini), jadi buat sikit jer la. Cukup utk aku, Aisya dan cik. Tapi, cik tak makan pun semalam. Cik makan tengahari tadi.

Petang tadi, masak tomyam udang. Mak dah cakap, tomato tak der. Tapi sebab aku sayangkan hujung minggu aku (cerita tentang ini kemudian), aku tak nak keluar ke pasar borong atau mana2 supermarket, aku campur sahaja dengan apa yang ada. Dalam peti, carrot and cauliflower ada. Button mushroom semalam pun masih ada, aku simpan dalam tupperware dalam fridge. Cukup la. Dan udang semestinya. Kali ini aku buat tomyam merah. Aku lebih suka tomyam merah daripada tomyam putih. Baru jer lagi aku buat tomyam putih, dan terlupa utk gunakan air kelapa sebagaimana beberapa petua dan resepi yg aku dapat utk menyedapkan tomyam.

Aku tumis cili boh, dan aku masukkan tomyam paste Adabi. Perah air limau nipis. Sedap pulak daripada biasa. Aku agak sebabnya ialah aku letak button mushroom tu. Rasanya lain skit. Aku dah selidik hari tu, dengan adik aku, apa yg membuatkan tomyam dekat restoran kt Kelang Gate tu sedap. Ianya tomyam putih biasa. Tapi rasanya memang sedap sungguh. Jadi, kami teliti la apa yg dia letak. Ada jeruk bawang putih. Nak cuba letak juga, tapi terlupa nak beli jeruk bawang putih. Lainkali kena ingat utk beli jeruk bawang putih utk simpan dan taruk jer bila nak masak tomyam. :)

Teringat pula kat buku cerita kanak2 siri Enid Blyton, Enam Sepupu di Ladang Seri Bayu (aku baca yg versi Melayu). Segala macam jenis sayur diaorang jerukkan di dapur mereka. Err.. mat saleh kampung memang begitu kot.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...