Iklan

Apr 14, 2011

Bunga-bunga Matahari I

Nak upload banyak lagi tadi, tapi tak dapat dah. Tak per, akan dibuat version seterusnya bagi menonjolkan gambar-gambar bunga dalam kamera saya. Yang pertama ni, tak tahulah bunga aper namanya, bunganya cantik tapi sangat cepat layunya. Tumbuh secara meliar dan sendiri di tepi kaki lima rumah setelah pokok yang paling sulung telah mati.


Cantik kuningnya. Sangat. Lagi-lagi kalau tumbuh secara banyak dan subur, sungguh ceria laman rumahmu. Ini sejenis bunga matahari saya rasa. Benihnya dari bunga yang sudah kering seingat-ingat saya di ambil di rumah mak saudara di Batu Sembilan. Senang tumbuh dan ditanam seperti kita menabur benih bunga tahi ayam. :D


Pokok puding banyak jenis, dan banyak juga di sekitar rumah. Ini salah satu daripadanya. Bukan bunga sebenarnya sebab kebanyakan pokok puding tidak berbunga. Ini adalah kelopak daun-daun muda yang awalnya berwarna kuning dan berbentuk seperti kelopak bunga. Makin lama, ia akan membesar menjadi daun yang tua dan hijau. Kelopaknya yang besar itu boleh menakung air.


Ini saya suka. Selalu sahaja bila lalu di jalan dalam kawasan UniSZA, meliar sahaja mata mencari tukang kebun di situ. Sebabnya, nak mintak pokok bunga cina ini yang ditanam secara merenek di tepi jalan dekat bulatan selepas guard house di situ. Yang dalam pasu ini, di beli ketika berkunjung ke Cameron Highland dulu. Beberapa bulan membesar dengan subur, berbunga dengan sungguh banyak dan sangat cantik. Baunya pula, harum semerbak. Tapi sayang, selepas itu ianya sakit, dan mati.


Bunga orkid biasanya dikaitkan dengan orang-orang kaya. Cantik tapi tiada harumnya. Memang cantik dan bermacam-macam jenis pulak tu. Yang kuning ni, di rumah mak saudara. Jarang sangat berbunga tapi sekali berbunga, bunganya cantik, tahan lama tetapi tidak berbau. Saya suka tengok bunganya yang pelbagai, tapi saya tak suka tanam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...