Iklan

Oct 4, 2011

Hanyut

Apa diharap kasihnya orang,
Pabila sudi kita ditatang,
Apa dikenang cintanya orang,
Kita cuma melukut digantang....


Hujan sedang lebat sungguh di luar sana. Gelapnya macam hujan itu akan berpanjangan membawa ke malam. Begitupun, ku sangka hujan hingga ke malam, rupanya sekejap sahaja dah reda. Ramalanku salah belaka. Cuma gelap masih gelap. Mungkin langit terpujuk sebentar. Bunyi guruh di sana masih memungkinkan langit menangis lagi.


Aku bukan hanyut dek banjir. Belum banjir lagi, dan moga dijauhkan musibah yang teruk-teruk. Sekarang sedang membaca novel Percayalah oleh Ruby Hazry. Novel yang tebal dipinjam di Perpustakaan Awam Kuala Terengganu 3 minggu lepas semasa kunjungan rutin setiap bulan.


Percayalah
berjaya membawa aku hanyut ke dalam perasaan cinta terpendam antara Nur Atiqah dan Danial Wolfgang. Betapa sukarnya meluahkan perasaan kerana bimbang bertepuk sebelah tangan, mengakibatkan kedua-dua mereka menderita dalam diam. Padahal apa yang ada dalam diri Atiqah, turut dirasai oleh Danial. Cerita ini banyak bermain di Jerman, di sekitar universiti tempat pilihan Atiqah seorang pegawai kerajaan berasal dari Kota Bharu menyambung pelajarannya. Manakala Danial yang merupakan seniornya punya latar belakang keluarga yang sungguh menarik. Anak perkahwinan campur ini kurang dipedulikan si ayah sejak kematian ibunya, dan ini membuatkan dia berubah laku, tanpa sedar rupanya ada cerita rahsia disebalik perlakuan si ayah.


Sebenarnya aku belum habis baca lagi novel tebal ini. Tinggal sikit sahaja lagi, tapi kalau tidak difikirkan kena bangun awal untuk kerja, aku sanggup sahaja tidur jam 4 pagi bagi menamatkan novel itu. Sepanjang hari ini pun aku asyik teringat-ingat pada University of Stuttgart itu. Memang indah sungguh penyampaian Ruby Hazri. Dan.. rupa-rupanya pula novel Percayalah ini ada sambungannya, iaitu Percayalah... Akhirnya. Memang, novel Percayalah ini adalah novel lama, diterbitkan tahun 2003 rasanya. Aku pinjampun secara main capai sahaja di atas rak pemulangan buku. Ternyata ianya tidak sia-sia.


Untuk Percayalah..Akhirnya, aku akan order di kedai buku online sahaja bersama beberapa novel lain yang sudahpun beberapa hari dimasukkan dalam cart tapi tak bayar-bayar lagi. Nampaknya novel Ruby Hazri serasi dengan jiwa aku. Penyampaiannya mendalam sehingga bisa menitiskan air mata. Oh...

3 comments:

  1. assalam aya

    Ingatkan hanyut apa tadi. Hanyut baca novel rupanya. Dulu2 masa sekolah rajin juga maca novel ni tapi sekarang ni nak habiskan 5 helai muka surat seharipun payah.

    ReplyDelete
  2. assalam aya

    Ingatkan hanyut apa tadi. Hanyut baca novel rupanya. Dulu2 masa sekolah rajin juga maca novel ni tapi sekarang ni nak habiskan 5 helai muka surat seharipun payah.

    ReplyDelete
  3. wassalam...

    saya mmg suka membaca, novel terutamanya. ni pun masih ada yg berbalut plastik (novel koleksi) dan sudh rancg nk beli yg baru.. hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...