Iklan

Oct 19, 2011

Risau

Last sunday masa tengah-tengah bersiap ke sekolah, Aisya mengadu sakit perut. Aku cakap, tahan dulu, kita solat subuh dulu sekejap sahaja. Lepas solat, dia berkejar ke bilik air. Keluar dari bilik air, dia mengadu lagi, sakit perut sangat, dan rasa nak muntah. Aku agak ni mesti food poisoning. Ada tersilap makan apa-apa yang tidak sesuai dengan perut kot malam tadi.


Dia ke bilik air sekali lagi, kemudiannya keluar dan merengkok atas tikar di dapur. Aku duduk sebelah dia, sapu minyak kat belakang dan perut, dan dada. Tapi tak lama baring, dia bangun ke bilik air, katanya rasa nak muntah. Aku menurut, dia duduk atas bangku kecil plastik hijau, aku gosok-gosok belakang dia. Tak keluar-keluar jugak muntahnya. Lama. Dia tak nak keluar sebab takut muntah. Aku pujuk, cakap muntah dalam besen ajer. Aku sediakan besen besar, letak carikkan suratkhabar. Lama. Tak muntah-muntah. Aku pujuk dia minum air. Minum sikit. Masa tu awal pagi, memang dia tak makan apa-apa pun lagi. Tubuh dia dah panas. Aku ambil ubat demam dalam peti sejuk, biskut sekeping. Puas pujuk, dia makan separuh biskut tu.


Baru sahaja aku suapkan ubat demam dan sakit perut (kembung / angin), tak sempat ubat-ubat cecair tu sampai ke dalam perut, dia muntah. Banyak. Lama. Air dan cairan sahaja yang keluar. Habis keluar, dia macam segar bugar. Sihat sahaja. Aku bagi semula ubat-ubat tadi. Dia bangun, naik menonton tv. Nak ke sekolah pun dah lewat dah.


Petang aku balik kerja, aku tengok dia merengkok depan tv tengok kartun. Berselimut. Tubuh dia panas. Rupa-rupanya dia demam. Padahal tadi mak cakap, dia okay sahaja walaupun beberapa kali juga dia cirit birit. Dia muntah lagi sekali awal malam tu. Aku jarang kepalanya dengan air daun bunga raya, dan bagi dia ubat. Dia tertidur. Lewat malam, tubuh dia tak lagi panas. Esoknya, dia elok sahaja pergi sekolah.


Tapi.. hari isnin tu, masa aku balik kerja aku tengok dia melepek atas tilam depan tv. Selasa pun sama. Tadi juga. Dia tidak selincah biasa bermain dengan adik. Kurang bercakap. Bila sepupu-sepupu dia datang, baru dia keluar bermain.


Aku cuba slow talk dengan dia, bertanya kenapa dia banyak diam dan apa yang dia fikirkan. Ada cikgu sekolah marah dia ke. Ada kawan-kawan ganggu dia ke. Tapi semua tidak belaka. Risau aku tengok keadaannya. Biasanya dia tidak begitu. Risau sungguh ni. Itu dia dah tidur, tadi lagi jam 9.30 malam. Risau ni, risau.

2 comments:

  1. Moga aisya sudah sembuh

    Dkat KL ni sekarang musim demam / sakit. Kalau pergi klinik kena berbaris / tunggu utk dapatkan rawatan / ubatan berjam

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. esoknya tu, balik dr sek. dia dah macam biasa, ceria sahaja. ingtkan nk bawak gi klinik dah kalu dia masih moyok.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...