Iklan

Jul 25, 2012

Aku Mau

Bismillahirrahmanirrahim...


"Kau boleh acuhkan diriku.. dan anggap ku tak ada.. tapi takkan merubah perasaanku.. terhadapmu.. "


Buat masa sekarang, apa yang sering bermain dalam fikiran saya ialah keinginan itu. Ianya berputar-putar, sering datang dan tidak mahu pergi. Tidak susah sebenarnya untuk memahami. Ianya ringkas dan mudah untuk dijelaskan. Maka, marilah dengar penjelasan saya.. hehe..

Apa yang membuak-buak itu ialah keinginan hendak membuat rumah sendiri. Dalam diam, saya asyik mengira duit simpanan dan berfikir di mana saya boleh mendapatkan duit lebih. Tak banyak, sikit jer lagi bagi menambah modal sediada. Saya bukannya nak rumah besar, saya cuma nak rumah batu. Hehe..


"Masa saya kecil dulu, rumah batu tu, kategori untuk orang kaya sahaja. Kawan-kawan yang duduk dirumah batu, dianggap anak orang kaya. Begitu juga kalau rumah dua tingkat. Rumah batu tu, rumah yang dibuat dari brickwork la. Kan ke dulu-dulu banyak rumah papan jer.. "



Sebab saya nak rumah batu, ialah nak cat dinding rumah dengan kaler merah atau hijau epal. Kalau rumah papan, tak sesuai la kan. Hehe... Rumah tu tak perlu besar, saya akan duduk dengan Aisya sahaja. Kalau boleh dan mampu, buat 3 bilik dengan satu bilik dijadikan bilik perpustakaan. Ini impian saya yang tidak pernah pudar, memiliki my own library.


Ayah baru siap buat rumah sepupu mak. Rumah batu 3 bilik. Tak besar manapun. Dalam beberapa bulan sahaja, raya ni memang diaorang dah boleh beraya di situ. Saya rasa ada dalam 3, 4 bulan sahaja ayah buat rumah tu. Jadi, agaknya kalau saya suruh ayah buat lepas raya ni, tahun depan dapatlah saya duduk di rumah sendiri (berangan!).


Ok, keinginan kedua. Selepas menonton Dejavu di Kinabalu yang semakin membosankan saya itu, saya masih menyimpan satu impian itu. Menjelajah Sabah. Negeri itu satu sahaja yang belum saya jejak di Malaysia ini. Saya berkira-kira nak pergi dah ni (nak booking flight jer ni).. tapi, saya tak der kawan untuk temankan!


Sadisnya, saya memang tak ada ramai kawan.. :((


"Tapi... saya tetap nak pergi ke Penang lepas raya nanti. Maksud saya sebelum tahun hadapan. :) Sorang pun sorang la. Harap member saya disana berbesar hati menerima saya sebagai tetamu. Hehe.. "

4 comments:

  1. nampaknye Dejavu di Kinabalu byk memberi kesan di hati. Nama pon drama, mmg byk operanya..

    Jom sabah next year!!! Me going on Feb. Opkos destination, Kundasannnngggggg.... :)

    ReplyDelete
  2. Saya pulak kalau ada rezeki nak buat rumah kayu..taknak rumah batu...sebab dari kecik duduk kat rumah kayu...dan saya suka rumah ala2 chalet. Tetapi masalahnya nak buat rumah kayu lebih mahal dari nak buat rumah batu sekarang ni.

    Bolehler awak tumpang puan lily gi sabah tu :)

    ReplyDelete
  3. Lily : Tapi citer tu makin menyakitkan hati, lebih2 lagi perangai si nadira.. hahaha..

    Wah bestnya! Dah ada planning. Nanti ksu bleh tanya lily yer, kata mana best kt sana. hehe

    ReplyDelete
  4. Khairul : Saya suka juga rumah papan, macam chalet tu kan. Sejuk jer. Rumah saya sekrg pun (rumah mak ni la), rumah separuh papan separuh bata.

    Tapi tang kosnya tu, memg lagi tinggi dari nak buat rumh bata. Lebih2 lagi kalu nk yg berkualiti kan.

    But, i still dream of timber decking.. tempat main2 mandi hujan. Bestnya!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...