Iklan

Dec 17, 2013

Enid Blyton itu seorang perempuan rupa-rupanya

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Baru aku tahu Enid Blyton itu adalah merupakan seorang perempuan apabila aku 'google' tentang dia tadi. Alangkah teruknya aku, sedangkan aku membesar dengan angan-angan menjadi seperti watak dalam siri-siri pengembaraan dan penyiasatan dia. Malah aku membesar dengan mimpi-mimpi menjadi seorang penyiasat!

Nama sebenar dia adalah Enid Mary Blyton, telah meninggal pada usia 71 tahun pada tahun 1968 (sumber Wikipedia). Sebelum aku lahir lagi! Maknanya seumur hidup aku telah membaca novel-novel karangan seorang yang telah tiada lagi! 




Ya, buku-buku lama Enid Blyton tu hampir kesemuanya adalah berbahasa melayu, yakni telah diterjemahkan. Dan boleh dikatakan semua buku-buku itu pemilik asalnya adalah kakak aku, yang rata-ratanya berharga sekitar dua ringgit sahaja. Dulu nilai dua ringgit tu pun sudah besar tau. Nak dapat dua ringgit pun sikit punya payah. Aku suka ulang-ulang baca buku-buku itu sehingga sekarang. Tapi memandangkan bila dah besar ni, aku dah celik 'orang putih' sikit, aku dah mula beli novel Enid Blyton dalam bahasa asalnya. 

Sesekali bila difikirkan, nampaknya aku lebih sukakan cerita khayalan yang kekadang tidak logik dek akal lebih dari cerita yang direka berdasarkan kisah sebenar dalam kehidupan. Mungkin sebab realiti kebanyakannya menyedihkan, dan sadis!

 


6 comments:

  1. Dulu kami x mampu nak beli walau sebijik pun so kalau nak baca.. sama ada pi perpustakaan desa atau pinjam dr anak Guru Besar sekolah K.Sham.
    Yg kat library sekolah.. mmg x penah yg jumpa laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kg su tk der perpustakaan desa, tp kat library kt sekolah, banyak buku2 Enid Blyton. Ada lagi perpustakaan bergerak yg dtg seminggu sekali ke sekolah. Masa tu k.sham, kalau bleh nk baca semua series dia. Hahaha... Rasanya kalau di ingt2 pun hampir semua la su baca.

      Delete
  2. Salam Su
    laaa ya ke...saya pun ingatkan dia lelaki adehhh...

    ReplyDelete
  3. Wsalam sis!
    Long time no see!! How are u doing??
    Tu la kan... sebab citer2 dia pasal penyiasatan and adventure sumer kan.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah kerana ada hobi suka membaca.

    ReplyDelete
  5. patut la ada watak nama georgina...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...