Iklan

Jan 7, 2014

Harga tudung mahal sangat, tak padan dengan baju!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Kekadang, saya tak faham dengan harga tudung atau shawl zaman sekarang.
Orang Teganu kata, mahal ge bedil! Err.. orang Teganu golongan marhaen cam saya ni jer la kot.. hehe...
Agaknya sebab itulah wang hantaran atau mas kahwin zaman sekarang mahal-mahal.

Kalau dulu, orang kata maintenance orang perempuan mahal, di mana ikut pemahaman saya ianya dikira dari segi bagaimana perempuan jaga muka dan tubuh badan.
Tapi sekarang, pakaian harian pun, dari kepala ke kaki.. fuhhh!
Tudung/shawl kita letak la rm70. Baju ekor ikan (fishtail) yang saya tak faham kenapa orang panggil fishtail untuk hi-lo dress, complete with kain kembang atau seluar, atau baju maxi labuh macam jubah tu, paling-paling murah pun rm80. Oh... inner neck, katakan rm50.
Jumlah semua dah rm200. Belum termasuk pakaian dalam semua, dan kasut beg bagai, kan.

Harian jer tu!!


Yang saya tak fahamnya, inner neck yang pakai kat dalam shawl atau tudung tu pun dah rm50. Ya, saya baru tengok harga kat satu website jual tudung, rm49 harganya. Shawl yang hanya dipotong lurus atau sedikit membulat di kedua-dua hujung, dengan jahitan lurus di satu belah, dan sebelah lagi dikelim sahaja, dah rm60! Kekadang boleh pergi ke rm80! Betul la kainnya berkualiti tinggi, tapi kalau potongnya mudah sahaja, jahitnya sedikit sahaja, kat celah mana la boleh pergi hingga 70-80 tu.

Baju kurung kain kapas yang cantik, boleh cari kat Jalan TAR dengan harga rm40-45 sepasang, campur dengan upah tukang jahit kalau kat tempat biasa tempah, baru rm30. Belanja untuk sepasang baju, baru rm70 ke rm80 sepasang. Dipadankan dengan tudung dan anak tudung, berharga rm100. Rasa sesuaikah? Padahal tudung tu, sedikit jer kat atas kepala, baju tu yang banyak kainnya nak tutup seluruh tubuh. Logikkah?


Tak boleh diterima akal pada saya yang selalu letak limit harga pada setiap bahagian pakaian. Anak tudung, rm10 jer, tudung syria atau shawl saya mesti tidak lebih dari rm40. Blouse adalah mahal sekiranya more than rm50 and for dress, it must be plus minus rm80 jer.

Ya, ramai orang akan berkata, 'kualiti la yang menentukan harga'. Betul la tu, but for a certain type of cloth jer boleh tengok dari segi kualiti ni. Kekadang kualiti sama jer, tapi harga beza nak mampus.

Sebagai contoh, baju maxi labuh ala jubah yang saya beli kat Vietnam last year. Harganya rm45 sahaja. Adik beli fesyen yang sama di KL, harganya rm80. Itupun dah murah rm80 sebab dia beli dipasar tani kat bawah pejabat dia. Kalau kat butik, boleh pergi hingga rm150 hingga rm200. Macamana saya tahu? Sebab masa di Vietnam beli baju tu, saya sempat beramah mesra dengan seorang pengusaha butik dari Kota Bharu. Katanya, baju tu di butik dia dijual rm170. Kalau ditempah di KL, upahnya tak kurang rm70 sepasang. Sedangkan di sana (vietnam), dia tempah baju tu dengan harga rm12 sahaja sepasang.Setakat ini, saya tak jumpa lagi kat mana kurangnya baju yang saya beli kat vietnam tu.

Oh, tak perlu la nak campur-campur dengan harga tiket kapal terbang, makan minum dan tempat tinggal bagai kat mana-mana kita dapatkan kain tu. Kalau dah berniaga, sah-sah la beli banyak-banyak, kan.


Okay, itu sahaja bebelan saya untuk hari ini.
Yang benar,
Warga desa yang tengah mengarut sebab tension esok lusa dan next week ada meeting berderet-deret.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...