Iklan

Jan 6, 2014

Jamuan Pulut Kuning dengan Rendang Ayam

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

Sudah lama sebenarnya berniat nak buat sedikit acara makan-makan, lengkap dengan tahlil atau doa selamat. Tetapi, rancangan asyik bertangguh kerana bila jumpa masa yang sesuai, ianya bertembung pula dengan kenduri kendara jiran tetangga yang dekat-dekat. Anakanda juga sudah lama meminta di buat majlis hari jadinya, dengan niat nak menjemput kawan-kawan sekolah yang sedang menuju remaja dan sudah pandai berjalan-jalan ke rumah kawan-kawan.

Awalnya saya merancang hendak membuat jamuan hari jadi sahaja, dengan menjemput kawan-kawan sekolah anakanda. Kemudiannya timbul idea nak buat sedikit doa selamat, yang sudah lama asyik bertangguh. Bincang punya bincang, keputusannya jamuan di rumah untuk saudara mara dan kawan-kawan Aisya, tapi doa selamat dan sembahyang hajat dibuat disurau, selepas isyak. Kita hanya merancang bagaimanapun, yang menentukan tetap yang di atas sana. Jumaat, hari yang dirancang, ada ceramah oleh ustaz jemputan dari mana tak tahu di masjid terdekat, di mana kiranya begitu, surau akan hampir kosong kerana ramai-ramai orang kampung akan ke masjid tersebut. Kawan-kawan dan saudara-mara dah jemput. Maka jadilah begini, jumaat jamuan di rumah dan sabtu jamuan di surau.

Dua hari berturut-turut saya dan mak bertungkus lumus di dapur. Memasak untuk hampir 40 lebih orang pada hari jumaat dengan menu utama mee hoon goreng, pulut kuning dan rendang. Malam jumaat saya dah bakar 2 biji kek, satu Eggless Choc Cake yang saya kukus sebab oven tidak muat untuk dua loyang dan satu lagi Moist Orange Choc Cake yang pertama kali saya cuba buat. Pagi jumaat, awal-awal lagi saya dah godek tin laici untuk dibuat puding laici dan satu lagi saya reka-reka buat puding oreo.

Sabtu, jam dua baru saya godek kuali besar masakkan rendang ayam untuk sekitar 40 orang juga. 30 Bekas lutsinar bulat diisi pulut kuning dan rendang ayam, dibawa ayah ke surau selepas maghrib, lengkap dengan sekotak besar air mineral. 10 Bekas lagi untuk jiran tetangga yang tidak sempat merasa semalamnya sebab ada yang kebetulan tiada dirumah.


Nampaknya majlis dan acara masak-masak berjalan lancar. Sangat gembira dan boleh buat lagi lainkali.
In Sya Allah. 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...