Iklan

Jan 14, 2014

The End of One Thing is The Beginning of Another Chapter

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Itu ayat memujuk namanya. Atau boleh juga dikatakan ayat motivasi. Penamat akan sesuatu adalah permulaan kepada sesuatu yang lain. Tapi itu kebenaran dan jarang orang sedar. Maka penamat hujung tahun 2013 yang lepas sebenarnya adalah suatu permulaan bagi tahun 2014.



Pertama yang aku harapkan awal tahun ini, hari cerah, langit biru dengan tompok-tompok awan. Ya, aku berharapkan sesuatu yang aku dah tahu, agak mustahil. Awal tahun begini, sebelum Tahun Baru Cina, seperti dulu-dulu, ianya musim berangin kencing hingga kadangkala boleh mencabutkan atap rumah dan ombak besar-besar menakutkan untuk turun ke pantai. Ianya juga musim pokok padi sedang berputik hendak berbuah, subur menghijau dan beralun macam ombak bila ditiup angin. Musim budak-budak turun ke bendang mengail ikan puyu dengan batang kayu atau buluh diikat tali tangsi dan mata kail di hujungnya. Atau sesekali mengendap ikan laga di bawah tompok buih-buih halus putih. Itu semua aku buat dulu-dulu masa kecil. Tapi, benar ianya agak mustahil. Sehingga hari ini, hampir setiap hari mendung kelabu, yang aku rasa dah hampir 3 bulan begini. Rindunya langit biru!

   
Keduanya, aku nak fokus lebih kepada anakanda tunggal kesayangan, sebab tahun ni dia akan berhadapan dengan peperiksaan UPSR. Aku, tak pasal-pasal, sejak awal lagi dah risau. Tapi kawan aku yang anak sudah sederet kata, tak perlu risau sangat... baru UPSR jer pun, nanti ada lagi yang perlukan kerisauan lebih, PMR dan paling perlukan bukan setakat kerisauan, ialah SPM. Oh.. betul tu. Aku chill sekejap, kemudian risau balik. Hahaha...Aku dah jumpa kelas tusyen yang dibuka dihujung minggu, maka aku mulai kena korbankan masa rehat aku dirumah pada waktu malam untuk malam jumaat dan ahad, mencari tempat rehat baru, dimasjid misalnya sementara menunggu dia habis kelas. Hari jumaat tusyen dari pagi sampai tengahari untuk dua subjek. Kemudiannya, aku rasa tak selesa tak dapat memanggil dia, macam biasa, untuk menyuruh dia belajar, sebab aku tak nak push dia sangat. Hahaha... 'Ok, baru minggu pertama, kataku dalam hati sambil tarik nafas panjang-panjang'.



Aku try to take my life more seriously, but then again, i failed. I think being serious all the time, just lead to a more stress life.


Aku nak lebih berjimat, dari segala segi, insyaallah. Jimat elektrik, of course sebab tarif elektrik kan dah naik. Caranya, rajinkan diri gosok baju sekaligus untuk seminggu termasuk baju-baju sekolah anakanda. Pastikan lampu dan kipas ditutup apabila keluar dari bilik, tv ditutup apabila tiada orang tonton, masak air dengan dapur gas bukannya dengan electric kettle. Kebetulan sungguh electric jug kettle yang biasa digunakan untuk masak air pagi-pagi dah pecah! Dan kelas tusyen anakanda adalah sabtu malam ahad, di mana automatically ianya memaksa aku menggosok pakaian di waktu siang di hari sabtu. Jimat duit, dengan membawa bekal atau beli makanan pagi yang boleh dimakan hingga ke petang. Kebetulan juga anakanda mulai meminta disediakan bekal ke sekolah kerana tender kantin dah bertukar orang, layanan lembap dan makanan tidak sedap! Maka dah hampir dua minggulah aku berketung-ketang di awal pagi membuat bekal untuk dia, sekaligus untuk diri sendiri. Manakala kalau membeli makanan pagi yang sekarang gerainya ada di mana-mana dengan bermacam-macam jenis makanan, rm6 dah boleh tiga jenis makanan!


Ada beberapa perancangan lagi yang sedang aku tinjau-tinjau, tilik-tilik, dan selidiki yang terbaik. Walaupun awal tahun ini dari segi kewangan aku rasa kurang memberangsangkan, positif mesti la kan. Lagipun aku yakin dengan rezeki dari Tuhan.


Oh ya, hari ini aku terlepas cerita pasal kangkung-kangkung tu semua. Sebab aku meeting sepanjang hari di Paka. Tapi malam ni bila buka facebook, aku dapat idea lak. Esok nak buat nasi lemak, dengan celur kangkung. Lama tak jumpa nasi lemak kangkung ni. Kangkung? Kat belakang dapur, bersepah tumbuhnya!



2 comments:

  1. As salam Su,
    seronok bc celoteh su.teruskn menulis.
    kha.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam...
    Terima kasih kha, sudi baca coretan su. Insyaallah.. selagi ada idea dikurniakan Ilahi, su akan terus menulis.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...