Iklan

Mar 18, 2014

Talian telefon tetap, Surat dan Telegram yang semakin pupus

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

Akhir-akhir ini telefon rumah kami kerap sangat rosak. Sejak dulu, kalau rosak dan dibuat laporan, kontraktor yang datang menggantikan telefon itu awal-awal lagi beritahu bahawa telefon yang digantikan itu juga adalah telefon yang rosak tapi dibaiki semula. Jadi kemungkinan besar untuk rosak lagi adalah tinggi.

Aku sebenarnya sayang untuk potong talian tetap telefon rumah kami itu. Sayangnya adalah kerana ianya merupakan telefon kami yang paling awal, tidak pernah dipotong, jarang sekali ada tunggakan bayaran, nombornya dah lama sangat terpahat dalam hati kami (hehe..) dan paling penting ianya banyak berjasa ketika zaman tiada telefon tangan lagi dulu!

Alkisahnya, kakak aku telah tinggal di asrama semenjak tingkatan 2 lagi rasanya. Aku tak ingat sangat bila, tapi aku masih ingat ketika dia di tingkatan 1, dia berulang alik dengan basikal dengan seorang kawannya bernama Azizah, yang tidak di kampung Atas Tol, ke Sek. Men. Agama Khairiah yang berjarak (bila di jenguk google maps, of course la kan.. hehe..) 10km dari rumah! Dulu aku tak tahu jalannya macamana atau ada shortcut road ke, tapi ianya tetap jauh wey! Bila dia duduk di asrama, apakah yang digunakan untuk berhubung dengan keluarga di kampung yer adik-adik? WhatsApp! Jawab adik-adik yang tak pernah tengok telegram. Surat yang diorang pernah tengok pun mungkin hanya bill-bill memohon bayaran. Hahahaha.. Salah, bukan WhatsApp, bukan Wechat, bukan handphone, bukan juga telefon rumah. Sebab masa tu rumah kami tak ada telefon rumah lagi. Jadi, sesekali kakak hantar surat bila lama tak balik rumah.

Kami juga terus berhubung melalui surat ketika kakak sambung tingkatan 4 di Kelang, Selangor. Kemudian, jiran selang sebuah rumah dari rumah kami yang merupakan antara orang kaya paling awal di kampung, mula pakai telefon rumah. Memandangkan hubungan kami yang baik, sesekali ada perkara penting, kakak akan telefon ke rumah itu meninggalkan pesan atau kekadang ayah atau mak akan dipanggil untuk bercakap dengan kakak yang menunggu di talian. Oh yer.. sesekali aku juga mengambil kesempatan berhubung ke situ sekiranya ada kelas tambahan dan aku terlepas bas biasa untuk pulang, meninggalkan pesan supaya ayah mengambil aku di mana-mana, sebab selalunya aku akan berjalan sehingga bertemu ayah dengan motornya.

Secara tepat, aku tak ingat bila ayah daftar dengan telekom untuk masukkan talian tetap ke rumah. Tapi ianya adalah sekitar awal 90-an. Masa aku tingkatan 3 barangkali. Sehingga sekarang nombor telefon rumah aku tidak berubah.

Jadi bila adik cadangkan aku potong sahaja talian tetap, sebab jarang guna dan streamyx pula sekarang sudah agak lama bermasalah. Aku terasa sayang sungguh. Mak dan saudara mara masih guna nombor itu untuk berhubung. Mungkin aku perlu potong sahaja streamyx, dan kekalkan talian tetap itu. Itu kemungkinan besar yang akan aku ambil selepas 6 kali membuat aduan kerosakan streamyx dan masih tiada penyelesaiannya.

4 comments:

  1. Kali pertama K.Sham dapat telegram was during ngaji di ITM Shah Alam dulu (time tu belum UITM lg).
    Bangga tahap gaban.. ye la time tu org dah mula guna handphone botol air tu tp K.Sham masih terima kad bday via telegram.
    Ari ni ada lagi ke org buat mcm tu??

    Tp phone rumah terpaksa kena potong sebab ada yg salah guna sampai bill cecah ribu-riban.
    Ye la.. dia tukang dail jer.. kita yg kena bayar..
    (Alamak.. ter-emo la pulak)

    Ampun Tuan Rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah k.sham, hebat dah tu... mana nak dpt kad bday thru telegram! Org guna telegram bila ada urgent, dan selalunya pasal ada kritikal case/kematian la kan.

      Mujur ayah tk potong masa su duk bergayut jugk dulu2 ngan pakwe (zaman muda). Mungkin sebab tk sampai ratus2 pun. Hehe...

      Delete
  2. Aku baru je potong...dekat 3 tahun aku tak guna dan phone tu tak bordering.. akhirnya, sampai juga hati untuk potong... terasa berat seolah-olah membuang banyak kenangan bersama dan pulangkan ganggang tu ke telekom... sedih...tapi idup perlu diteruskan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.... yer, idup kena teruskan, walaupun tanpa talian tetap tu.

      Tang kenangan tu, memg byk sgt.. tu yg sayg nk potong tu. Mujur mak jenis tk reti guna handphone, jadi berguna sgt2 tepon kt rumh aku tu utk mak.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...