Iklan

Jul 9, 2011

Cemburu

Ya, aku cemburu. Atau boleh juga dikatakan dengki. Aku tengok gambar-gambar makanan yang sangat menyelerakan. Juga resepi yang mudah. Semuanya aku rasa ingin buat, sebab aku terliur semua. Tengok puding, rasa macam sejuk tekak kalau dapat telan puding dalam cuaca yang hujan tak nak hujan ini. Kek, lagi la aku terliur sebab aku memang suka makan kek. Lauk-pauk semuanya pulak nampak sedap-sedap belaka.


Aku pun mulalah berangan nak buat itu, nak buat ini. Teringin nak masak Nasi Tomato, Nasi Serai, Nasi Goreng Oregano, Orange Custard Pudding, Chocolate Pudding, Cinnamon Sugar Pull Apart Bread yang baru aku jumpa resepinya tadi, dan macam-macam lagi. Kalaulah...


Ya, kalaulah aku boleh mengadap semua itu dan boleh makan semuanya. Nikmatnya.


Tapi...



Tapi aku adalah sungguh menyedihkan kalau masuk bab-bab makan ini. Mengajak aku pergi buffet contohnya, adalah suatu penyesalan sama sekali. Juga jamuan raya dengan pelbagai juadahnya, ataupun kenduri kendara yang menyediakan makanan macam-macam seperti di rumah kawan adik di Kajang bulan lepas. Sehinggakan seorang kawan pernah berkata, tidak suka mengajak aku keluar lunch kerana aku makan jarang habis sepinggan nasi!


Oh, kasihan perut aku yang kecil dan comel ini. Makan sedikit sudah penuh sedangkan selera masih tidak terpenuhi. Sungguh aku dengki dengan orang yang boleh makan banyak. Sebelum main course, hentam entree dish atau appetizer atau starter dulu. Main course tu plak bukan sikit-sikit punya portion. Pastu boleh plak baham side dish, akhirnya ditamatkan dengan dessert. Nikmatnya hidup, kan. Hehe..

Ok, aku belajar term-term tu sumer daripada Masterchef US Season 1 yang dulu. Sekarang tengah tunggu season 2 yang biras aku dah layan tengok kat Youtube, tapi aku tak suka tengok kat situ. Aku hold dulu nak potong Astro semata-mata Masterchef. Jahat Astro ni, pandai ambik hati aku. Masterchef Australia aku tak layan, tak best. Aku lebih berminat nak tengok Gordon Ramsay yang cengil, Joe Bastianich yang hensom dan Graham Elliot yang buncit.

Sejak akhir-akhir ini, selera aku sungguh besar sekali. Tapi perut aku tetap begitu, maintain comel. Hahaha... Makan separuh nasi dah kenyang. Kalau aku makan banyak dan habis sepinggan nasi penuh, itu bererti aku ada masalah, atau bulan penuh hendak mengambang. Bulan akan penuh dalam beberapa hari lagi, beware of pontianak. Hehe...

Ok, wa chow dulu. Salam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...