Iklan

Jul 17, 2011

Durian, dan Roti Pizza Sedap!

Pagi-pagi di rumah tokwan, kemboja merah jambu lembut di pekarangan rumah tokwan yang luas basah di titik air hujan malam tadi bercampur embun pagi barangkali. Cantik dan sejuk sahaja menjadi santapan mata di pagi hening. Err.. bukan hening sangat, tapi masih sejuk sebab semalamam hujan renyai-renyai sahaja memberi nikmat pada tidur. Ya, sudah jam lapan lagi waktu tu. Ayah dan adik sudah bergerak ke tempat kerja, kemudiannya aku menyusul ngan Aiysa ke rumah tokwan untuk menjemput mak balik.



Nampak mokteh sedang terbongkok-bongkok mengutip durian yang jatuh bergelimpangan semalam, diletakkan dalam baldi biru. Ada 5 biji aku rasa. Kesemuanya aku bawah balik sambil memberikan wangian berperisa durian dalam kancil putih. Mujur dekat sahaja jarak rumah tokwan dengan rumah aku. Sedap. Aku bukan pemakan durian yang tegar, biasanya seulas dua sudah cukup untuk aku. Tapi tahun ini aku makan banyak, bererti sekali mengadap aku boleh habiskan 4 hingga 5 ulas. Bukan setiap hari pun.


Bau durian bercampur dengan bau bunga kenanga ini dalam kereta, mau pening aku. Tapi kenanga ni, letak dalam uncang kain yang biasanya dapat bila pergi kenduri tu, gantung kat dapur, seminggu lebih boleh tahan wanginya. Semerbak jer dapur. Sesekali terlupa, datang seram pun ada jugak. Hahaha...



Paginya, sebelum pergi rumah tokwan, sempat membuat roti pizza. Cepat, mudah dan sedap! Sungguh ni. Kebetulan pulak aku ada tambah baki daging burger special semalam!



Sapu roti dengan sos tomato (Aisya suka sos tomato secara sangat) dan mayonis, letak hirisan crabstick dengan sosej, dan baki daging burger semalam. Jalinkan hirisan halus keju cheesedale di atasnya, secukup rasa. Tak letak bawang sebab Aisya tak suka, tapi daging burger tu semalam dah dimasak dengan bawang yg banyak! Bakar 15 minit.


Hasilnya.... sedap! Hehe.. lainkali buleh buat lagi bila tak tahu nak makan apa. (Aku sokmo begitu, lapar tapi tak tahu nak makan apa!)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...