Iklan

Jun 20, 2009

Hantu rambut menggerbang

Bismillahirrahmanirrahim...

Kalau rambut panjang menggerbang, mesti orang kata cam hantu, kan? Macam-macam petua aku jumpa masa surf tentang tips untuk kurangkan rambut menggerbang dan kering. Ada yang suruh letak kuning telur la. Hanyir tu satu hal, goreng pun lagi sodap rasanya. Ada yang cadangkan buat layered jer, dan stim setiap 2 minggu. Duit tu! Layered tu ok lagi, memang dah layered pun. Tapi, nak g stim rambut for every two weeks, berfikir panjang gak aku. Ngan masanya lagi, duitnya lagi.

Cadangan paling bernas, ikat rambut. Yang tu memang la kan. Dalam cuaca yang panas2 ni, lagi la. Kalu bleh ikat tinggi2, jgn kasi ada pun yg terjuntai kat leher dan dahi.

Dulu2 masa aku kecik, kami adik beradik perempuan (kakak dan aku) suka letak pati santan atas rambut. Kadangkala perah limau nipis atau limau purut dulu dalam pati santan tu. Lumurkan ke seluruh rambut, bungkus rambut sebelum tidur dan esok paginya, syampoo. Busu tk sempt kot nak buat semua tu sebb masa tu dia kecik lagi.

Mak pula dulu2 selalu buat minyak kelapa sendiri. Minyak tu untuk kegunaan memasak sebenarnya. Tapi sebab minyak tu pure giler, jadinya memang sangat bagus utk rambut. Tok wan biasanya letak bunga chempaka dalam minyak kelapa yg diletakkan dalam bekas minyak rambut cod10 yg dah habis. Kalau kami cucu2 ni pegi rumah tokwan, mesti tokwan sapu minyak tu atas rambut kitaorg. Memang best!

Sekarang, nk cari minyak kelapa pure camtu dah susah. Pokok kelapa keliling rumah yang banyak dulu2 pun, dah tinggal beberapa batang jer. Aku pulak selalu jer belikan mak minyak masak seri murni jer untuk masak.

Untuk rambut, kena cari menda lain. Syampoo, conditioner, dah jadi wajib. Untuk Aisya pun, kecik2 lagi aku dah ajar pakai conditioner. Sebb rambut dia kering sangat! Kalu tak letak conditioner, lepas syampoo rambut memang kusut giler la rambut halus dan kerinting dia tu.

Aku nak simpan rambut panjang sampai ke pinggang. Tapi, aku tak nk rambut ini kering dan menggerbang. Camner ek?

2 comments:

  1. Bagus, seangkatan warisan wanita terakhir. Tapi i musykil skit, anak u seorang sahaja kan? Nama dia mana satu? Dania ke Aisya? Atau Dania Aisya? Sedap nama tu. :)

    ReplyDelete
  2. Hmm.. aiskrim kt Giant pun sedap jugk My-Dar!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...