Iklan

Jun 21, 2009

Selamat Hari Bapa

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku panggil bapaku, ayah. Masa kami kecik2 dulu, ayah garang. Jarang marah dan bercakap dgn anak2 (sebb anak2 kecik lg)tapi tidak pernah lupa utk sesekali bawak anak2 ke pesta pantai atau belikan mainan sekiranya ke mana2. Aku ingat lagi bas dua tingkat merah yang ayah beli utk cik di KL. Juga kereta yang boleh keluarkan bunyi (sbb ada bateri) yg kemudiannya dibawk lari balik oleh sepupu kami ketika diaorg sekeluarga datang ke rumah.

Sesekali bila ayah marah, memang kami semua kecut perut. Dia boleh bertempik marah sebb anak2 degil tengok tv waktu maghrib. Yang itu memang paling aku ingat. Sebab itu kami adik beradik memang jarang bercakap dgn ayah masa kecik. Ada apa2 kami mesti bagitau mak dulu. Sedikit demi sedikit, mak ajar kitaorg beranikan diri bagitau atau minta dgn ayah.

Skrg, bila masing2 dah dewasa, rasa takut kami semakin hilang. Kami dah boleh bercerita dgn ayah, bergelak ketawa dgn lawak2, malah kekdg merancang kemana2 seperti makan diluar atau ke pantai bersama2 ayah. Aku suka sikap tegas ayah. Dia membuatkan kami sgt menghormatinya. Dan aku cuba juga bertegas dgn Aisya, tapi tak jalan! Biarpun sesekali bila aku tinggikan suara dan Aisya akan menurut, tiada riak takut diwajahnya. Aduhh!!

Selamat hari bapa, ayah. Oh yer, Aisya dah buat wishing card utk ayah, so anggap jer la ianya juga dari saya. Hehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...