Iklan

May 9, 2010

Berhujung minggu bersama anak2 saudara

Bismillahirrahmanirrahim...

Subhanallah.. cantiknya pemandangan..

Sudah lama rasanya tidak mengisi ruangan ini dengan cerita bergambar. Ok, saya nak buat laporan formal hari ini, walaupun ceritanya adalah cerita yg sudah basi.

Tajuk peristiwa : Berkelah sambil mandi laut!

Bila berlaku : Ahad lepas, 2hb. May 2010

Waktu : Dari jam 6 petg hingga 7 malam.

Lepas mandi, tekun bermain pasir.

Tempat peristiwa terjadi : Pantai Pandak, Chendering (di tepi muara sungai kuala ibai).

Err.. kalaulah saya juga masih kecil, semestinya saya juga akan melibatkan diri dengan anak2 saudara bermain ombak hingga lencun. Dan sekiranya ada tempat persalinan di situ, mungkin saya juga akan bermain air tanpa mengambil kira usia saya. Memang saya tengok ramai jer orang2 dewasa yg mandi manda di situ, tapi saya tidak terfikir utk berbuat demikian. Tiada tempat persalinan memang punca segala. Saya tidak mahu memandu pulang dalam keadaan basah kuyup dengan air masin!

Biasanya saya ke sana dengan Aisya, mak dan ayah yg sesekali mengikut sama. Paling ramai pun hanya dengan kakak dan anak2nya seramai 2 orang itu. Kali ini, saya mengambil kesempatan mengajak semua adik dan abang membawa anak masing2 ke pantai. Kebetulan adik (yg duduk di kl) dan abang (yg duduk di johor) pulang sempena cuti hari pekerja.

Persiapan, hanya sempat membuat puding roti. Ingat nak buat kek coklat (dah lama tak buat!), tapi macam malas nak 'baking' dalam cuaca yg sangat panas! Petang, kena tinggalkan rumah utk menjaga kedai dan meninggalkan pesanan juga, bawak sekali buah mangga dan pencicahnya! Fuhhh.. meleleh air liur!

Perkelahan sangat berjaya dengan budak2 semua sangat enjoy bermain air laut yg kebetulan surut. Ombak tidak kuat sangat, dan pantainya memang semulajadi landai. Orang ramai, tetapi pantai yang panjang itu tidak sesak langsung.

Err.. dah lewat malam ni, enjoy the picture jer la yer. :D

Lima orang anak saudara (yang besar bukan yer, yang kecik2 jer), yang baby menunggu masa utk memeriahkan suasana dan mengkecohkan keadaan.


Tiga lawan satu?? Mana aci..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...