Iklan

Aug 18, 2008

Perjalanan.

Hidup ini adalah suatu perjalanan yang sangat panjang...tapi, of course la kan.. perjalanan yang lurus tu mungkin sekejap jer. Lepas tu, mungkin akan ada cabang dua, simpang tiga atau empat, di mana kita perlu membuat pilihan jalan yang mana hendak kita teruskan. Kemudian mungkin lagi ada jalan yang bagaikan ular dipalu (betul ker ayat tu?) dan mungkin akan jumpa selekoh tajam. Begitulah kehidupan ini kan. Bukan sahaja banyak masalah yang perlu dihadapi, setiap langkah perlu berhati-hati, dan banyak keputusan yang bijak perlu diambil. Akan tetapi, itulah bunga-bungan kehidupan. Tanpanya, hidup muram, sepi dan hilang serinya. Aku sendiri pernah terfikir macamana rasanya mencinta, dicintai dan putus cinta, apabila rasa seperti sudah lama tidak merasa perasaan syahdu itu. Isshh... terjiwang plak. Hehe..

Bagaimana agaknya jika tersilap membuat pilihan dalam hidup ni yer? Baru-baru ini ketika menghadiri suatu kursus (berkaitan Condition of Contract revision 2007), ramai sahabat-sahabat lama (adik-adik) yang seangkatan dengan aku di syarikat lama dulu yang aku temui. Salah seorangnya, yang memang rapat dengan aku dan tidak pernah putus hubungan sehingga sekarang. Daripada pendengaran aku (dia duduk disebelah aku di dalam dewan), cara percakapan dia dengan emak dan husband dia melalui telefon semacam ada masalah. Bukan bermakna aku mencuri dengar, tetapi memandangkan dewan sunyi dan hanya kedengaran suara penceramah, nak tak nak telinga aku menangkap juga biji percakapannya. Yer la, takkan aku nak tutup telinga, kan. Aku rasa dia ada masalah dengan husbandnya, apabila kedengaran dia bertanya dengan nada menahan perasaan (tak pasti perasaan marah atau kecewa), 'kenapa abang tak pergi kerja?'. Ok, that the issue here... when husband are not working, while wife are 'tak cukup kaki tangan' bekerja.. Ada ke yang boleh menerima pernyataan itu? Ini bukan bererti kawan aku itu mungkin silap membuat pilihan, cuma barangkali dia perlu lebih bersedia menghadapi masalah-masalah yang bakal timbul akibat pilihan yang telah dibuat.

Apa yang aku nampak di sini ialah, apabila kita telah bersedia untuk menerima seseorang di dalam hidup kita, maka kita kena terima juga keburukan-keburukan dia, dan masalah-masalah yang dibawa bersamanya, bukan hanya kebaikan atau kekacakan atau kejelitaan dia sahaja. Kerana, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Sekiranya kita tidak boleh menerima ketidak serasian kita itu, kiranya tidak bersedia untuk memberi dan menerima dalam kebanyakan hal, pada pendapat aku la.. tak perlu diteruskan perhubungan itu. Mungkin perhubungan sebagai hanya kawan lebih baik.

Bukankah perjalanan hidup ini masih panjang, kalau bukan disini, mungkin disana.. di alam yang kekal..

1 comment:

  1. Serik untuk berteman mungkin pengalaman silam telah menyebabkan kita serik untuk bercinta. Serik untuk mempunyai pasangan di usia sekarang ini. Memang tak dinafikan, pengalaman putus cinta merupakan pengalaman yang memedihkan. Tiada siapa yang akan berasa gembira bila ditinggalkan oleh kekasih..suami yang disayang setiap masa. Untuk itu, kita perlu mengumpul semula semangat, Jangan ingat, kita telah putus cinta bermakna tiada hari esok lg. Pupuk semangat dan kuatkan motivasi diri. Kongsikan pengalaman dan lihatlah, kita bukan seorang di dunia ini. Ada ramai lagi rakan-rakan yang sudi membantu...jangan selalu berfikiran negatif.....wallahualam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...