Iklan

Jan 15, 2009

Hanyut dalam angan-anganan?

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku tidak hanyut. Aku juga belum hanyut. Aku masih berpaut kepada realiti. Tapi, kenapa ek, tajuk entri aku cam tu?

Haa... ini gara-gara novel yang aku baca. Aku bukan berangan, tapi setiap kali aku membaca novel aku seolah-olah hanyut dibawa ke dalam kisah yang aku baca. Aku boleh menangis. Aku boleh teresak-esak. Dan aku juga boleh ketawa. Itu semua ketika aku membaca novel. Lepas itu ok la.

Tapi, betul juga barangkali kata seorang teman. Kekadang, semangat kita turut hilang bila membaca novel yang sedih. Dan sebaliknya juga. Sejak dahulu, aku memang lambat kalau bab-bab membaca, seperti juga makan. Orang lain dah habis sepinggan, aku baru habis separuh walaupun aku rasa dah cukup laju aku makan. Bila membaca, aku lambat kerana terlalu menghayati sesuatu cerita. Kekdg, sanggup pula ulang balik beberapa pages kerana rasa cam lost sekejap. Kekadang juga aku perasan, perangai aku juga sedikit 'lain macam' dalam hari-hari aku menghabiskan sesuatu novel. Mungkin juga masa tu, semangat aku memang tak der kot. Diawan-awangan dalam kisah yang aku baca.

Teruk betul la. Beberapa malam yg lepas, sempat membaca sedikit novel 'Hartini' ketika mengulit Aisya tidur. Sedikit jer baca, dah cam hanyut dalam kepedihan hati Hartini yang tersentuh dengan ketabahan hati seorang Amli. Terus berhenti disitu. Cukup lah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...