Iklan

Jan 12, 2009

Kenapa agaknya yer?

Bismillahirrahmanirrahim...

Kebelakangan ini, jalan-jalan utama di sekitar Kuala Terengganu sentiasa mengalami kesesakan yang agak hebat. Ianya agak ketara di jalan-jalan yang sebelum ini jarang mengalami kesesakan. Kalau di jalan yang dah biasa dengan kesesakan pada waktu-waktu puncak, waktu pulang dari kerja misalnya, ianya bertambah-bertambah lagi. Yer.. semua orang tahu, seluruh warga Malaysia khasnya rakyat Terengganu sangat maklum tentang Pilihanraya Kecil P036 di Kuala Terengganu akan berlangsung pada 17hb. Januari nanti. Jadi, kesesakan jalan raya bertambah-tambah sejak hari percalonan dan semua parti sedang berkempen. Tapi, takkan la pilihanraya itu dibuat ditengah jalan? Apa kaitan jalanraya dengan pilihanraya, kecuali dua-dua perkataan itu ada perkataan raya? Hehe..

Aku biasanya suka mengambil tahu berapa minit waktu yang aku habiskan untuk sampai ke pejabat dari rumah. Biasanya aku cuma merujuk kepada jam di 'dashboard' kereta. Misal, jam 7.59 pagi aku bertolak dari rumah. Aku akan sampai di pejabat tepat jam 8.13 pagi. Jadi, lebih kurang 14 minit jer masa yang diperlukan dari rumah ke pejabat. Mungkin akan menjadi 18 minit sehingga 20 minit sekiranya terserempak dengan kereta yang macam siput (dibawa 40km/j) atau kebetulan semua traffic light menjadi merah ketika aku melaluinya.

Aku mempunyai 2 pilihan laluan yang boleh membawa aku ke pejabat. Satu melalui Pengadang Baru di mana aku kena menempuh 5 traffic light. Jalan itu kurang sibuk dan aku boleh memecut laju kecuali di sekitar Kg. Gelugor dan sekiranya kesemua traffic light itu bertukar merah setiap kali aku melaluinya. Di antara traffic light Kubang Parit dan Simpang Tokku, biasanya mengambil masa 2 atau 3 minit sahaja. Tetapi, kebelakangan ini, masa 2 atau 3 minit menjadi hampir 20 minit! Itu pengalaman aku beberapa hari lepas. Kononnya untuk mengelakkan jam di laluan alternatif.

Alternatif kedua itu, melalui Pasir Panjang. Aku kena menempuh 7 traffic light! Dan jalan itu agak sibuk kerana 'siput-siput' dan sekolah. Merujuk kepada Google Maps, jaraknya cuma 9.0km dan hanya 11 minit sahaja masa yang diambil sekiranya kita memandu. Sementara alternatif pertama yang kurang sibuk tadi, hanya 12 minit untuk jarak 10.2km. Aku pun baru tahu tu! Hahaha...
Tapi, semalam (ahad) aku telah mengambil masa hampir 25 minit hanya dari Kg. Bukit Bayas melalui Pasir Panjang untuk sampai ke pejabat yang sepatutnya 5 minit sahaja untuk jarak 3.5 km itu!

Ini yang sangat menghairankan aku! Nak kata, pilihanraya dibuat tengah jalan, memang ler tak, kan. Nak kata, semua orang tiba-tiba membeli kereta, di mana semua yang menunggang motosikal dah mula memandu ke pejabat, rasanya agak mustahil untuk tempoh yang singkat ini. Dan rasanya juga aku masih melihat motosikal di mana-mana. Nak kata, tiba-tiba bilangan rakyat kuala terengganu bertambah, takkan la pulak dalam masa sebulan semua yang dilahirkan dah boleh memandu kereta! Hmmm.. pelik ni.

2 comments:

  1. Ambe rasa masalah demo satu jer...rakyat terengganu telah bertambah iaitu sebanyak 30 ribu org atau mungkin 100 ribu orang...tp bukan rakyat terengganu sejati ler...polis pun dah 10 ribu..penyokong pun mungkin 90 ribu...itulah faktor jalan terengganu jem suu... :)

    ReplyDelete
  2. asalam aya yus,

    Sabar aje la... 18hb Jan, 2009 nanti, back to normal la, kesibukan trafik tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...