Iklan

Jan 26, 2010

Bila diri kurang stabil dari segi mental (ataupun ayat yg lebih mudah, stress!), lagi

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya jarang membeli belah tidak tentu hala. Maksudnya, selalu berfikir berkali2 hanya untuk membeli sehelai baju ataupun apa sahaja keinginan yg bukan keperluan asas. Adalah perkara biasa apabila saya berniat utk shopping tetapi akhirnya saya pulang dengan tangan kosong.

Kecuali membeli barang2 dapur atau untuk masakan kegemaran saya. Sebab cara pemakanan saya sangat dipengaruhi oleh benda2 ini. Bererti kalau saya pulang ke rumah dan melihat tiada hidangan sayur utk makan malam, dan tiada apa2 sayuran pula di dalam peti, saya tidak akan makan malam dan seterusnya perut saya akan dimasuki angin dan sakit dan kembung dan saya tak suka. Maka saya boleh sahaja memborong apa sahaja jenis sayur di pasaraya keesokkan harinya.

Masalahnya, apabila keadaan saya kurang stabil (tiada masalah jika dilihat dari segi luaran), saya rasa berserabut dan minda mungkin kurang sihat, saya boleh sahaja masuk ke shopping kompleks dan membeli apa sahaja sesuka hati saya (apa sahaja keinginan saya). Ianya akan memberi kelegaan yg teramat kepada minda yg berserabut itu.

Merbahaya sungguh untuk poket yg kurang berisi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...