Iklan

Jan 9, 2010

Main game sebelum tido, kemudian tak puas hati

Bismillahirrahmanirrahim...

Semenjak duamenjak ini, telah menjadi satu tabiat baru kepada saya sambil baring sebelum melelapkan mata, melayan game 'sudoku' di telefon tangan (handphone).

Seperti biasa, kalau dah dilayan sudoku tu, selagi tak berjaya menamatkan satu game, selagi tu tak puas hati. Mula la tidur lambat. Dah mengantuk sangat, baru la berenti main, letak telefon bawah bantal (supaya alarm tak berbunyi kuat dan memeranjatkan saya jam 6.30 pagi nanti), padamkan lampu dan tidur.

Dahsyat penangan sudoku pada saya.

Perkenalan saya dengan sudoku, dah lambat sebenarnya. One year after it became an international hit. Sudoku ni dipopularkan di jepun sejak 1986 lagi. Rujuk Wikipedia. Saya pun baru tahu ni. Saya kenal sudoku semasa sedang mencari kerja selepas menamatkan master degree kt skudai. Masa tu selalu mengadap NST, so terus jatuh cinta ngan sudoku yg ada dalam paper tu.

La ni, dalam handphone pun dah ada game tu. Kalau dah mula tu, memang susah nak berenti selagi tak dapat settle kan satu game. Pastu, mula la nak tidur pun cam tak puas hati. Mujur tak terbawa-bawa main game tu dalam mimpi. Hehe..

Dulu, biasa kalau sibuk ngan documentation kat opis, mesti dalam tidur pun terbawa-bawa ngan kerja tu sumer.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...