Iklan

Jan 28, 2010

Kesian Aisya, tapi kat mama pun kesian jugak

Bismillahirrahmanirrahim...

Ada 2 buah bangunan sedang dalam proses pembinaan. Baru dalam peringkat piling works. Bermakna setahun lagi kot, baru siap. Menurut sumber yg kurang boleh dipercayai iaitu jaga atau guard sekolah.

Dari satu sesi, dah menjadi 2 sesi. Pagi dan petang. Darjah 2 hingga 4 di sesi petang. Bermakna Aisya di sesi petang.

Bising?

Semestinyalah kan. Apatah lagi bila ianya hanya di luar bilik darjah sahaja. Suara cikgu pun tenggelam timbul.

Kelas KAFA atau fardhu-ain utk murid darjah 2 hingga 4, terpaksa dibuat pada hari jumaat dan sabtu. 3 jam sehari. Jam 2.30 hingga 5.30 petang. Sepanjang tahun. Kecuali cuti sekolah dan cuti am.

Kesian Aisya, tak der hari rehat sepenuhnya.

Kesian mama, nak pergi jalan2 pun terpaksa fikir berkali2.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...