Iklan

Jan 18, 2010

Kerana aku, hanya ada kamu

Bismillahirrahmanirrahim...

Pernah tak rasa serabut sungguh dikepala? Dengan segala macam masalah yg berebut-rebut menumpang teduh. Ataupun entah kita sendiri yg memberikan teduhan itu. Dalam duk cuba untuk merehatkan minda, menenangkan fikiran, tup tup ada plak yg menyentuh hati. Aduhhh... berjauh hati sedikit.

Tetapi, dalam keadaan itu, agaknya apakah yg berlaku pada kita?

Kalau saya, semakin jauhlah hati saya berlari. Tak terkejar dan malas dah untuk dikejar. Dibiarkan. Mungkin tiada yg peduli atau kisahkan ia.

Ya, yg ruginya diri sendiri jugapun. Bukankah lebih elok berterus terang. Jangan dipendam segala perasaan.

Teringat dulu-dulu, saya antara kawan dan kakak kepada junior yg selalu dicari apabila mereka mempunyai masalah. Memang cekap sungguh menasihati dan menkaunseling orang. Saya perasan perihal ini sejak di kerusi sekolah rendah lagi. Sayalah yg dicari kawan untuk mereka bercerita tentang perasaan mereka pada cikgu yg hensom dan bujang. Malah turut menjadi penyampai surat. Masa tu, tak reti lagi nak nasihat ke apa ke. Tapi memang pendengar yg tegar.

Masuk sekolah menengah, saya rapat dengan kawan2 kelas lain juga kerana saya masih pendengar yg tegar. Boleh mendengar apa sahaja, memberi pendapat dan nasihat. Tapi, apesal la masa tu tak terfikir pulak saya untuk ambil bidang kaunseling yer? Kalau tak, mesti sekarang saya dah jadi kaunselor. Hehe..

Tapi saya jadi seperti sekarang sebab masa itu saya belajar untuk masuk universiti.

Psst : Maaf, tajuk entri tiada kena mengena dengan cerita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...