Iklan

Jan 25, 2010

Cukup staminakah lagi aku utk aktiviti lasak

Bismilllahirrahmanirrahim...

Dulu, masa kecil2 memang aku aktif dan lasak. Apa sahaja budak lelaki main , aku pun join sama. Yer la, susunan adik beradik kami, atas aku abang dan dibawah pula adik lelaki. Kakak masa tu lebih banyak menolong emak menjaga adik bongsu (perempuan) daripada melayan aku bermain. Sudahnya, abang mengail di baruh, aku turut sama seronok mengail. Lebih seronok, aku dapat ikan puyu, diaorg tak dapat seekor ikanpun. Hahaha.. (ketawa riak sikit..) Diaorang main senapang buluh, untuk aku mesti ada. Siap buat peluru dengan surat khabar yg direndam lagi. Peluru biji aper ntah tu, aku tak berani. Sakit sangat kalau kena.

Panjat pokok? Aku memang 'no hal la'. Sebut saja pokok apa yg aku tak panjat kat sekeliling rumah ni. Pokok kelapa pun aku cuba panjat walaupun setakat sesuku tingginya sahaja. Paling aku suka panjat, pokok biji kundang. Orang kampung panggil, buah gemia. Kalau jenis yg besar skit, dipanggil buah stor. Pokoknya tinggi, sangat rendang dan banyak dahan. Aku suka panjat pokok tu sebab daunnya yg halus kecil itu hanya di hujung dahan. Duduk di atas dahan2 yg berselirat, sangat selesa malah boleh baring lagi! Orang memang tak nampak kecuali jika orang ke bawah pokok. Dulu2 pernah diletakkan 'rhe' di bawah pokok itu. 'Rhe' itu adalah panggilan orang kampung untuk bangku yg lebar seperti meja besar yg dijadikan tempat rehat di luar rumah.
Pokok jambu, pun biasa sebab suka makan jambu batu yg banyak biji tu. Dah la pokok tu banyak sekeliling rumah. Sekarang, sepohon pun dah tak der. T___T

Bukit dekat rumah tokwan, aku pernah panjat ngan abang2 dan kakak serta pak dan mak saudara. Bukit tu curam sungguh, hinggakan terpaksa berpaut pada akar2 pokok utk memanjat. Bukit Larut, Taiping aku pernah join hiking bersama2 kawan sematrikulasi. Itu tahun 1994 atau 1995. Kemudian, 1996, aku dan member2 sekelas berpakat hiking Bukit Bendera pula. Oh yer, aku tak pernah naik keretapi atau kereta kabel kot yg membawa ke puncak Bukit Bendera itu, walaupun 4 tahun aku di Pulau Pinang.

Sekarang? 2010. Aku teringin untuk membuat aktiviti lasak lagi. Tiba2 aku rasa aku teringin untuk buat rock climbing, bungee jumping (walaupun tahu tak ada disini. Eh.. ke ada atau aku yg tak tahu?), mengembara di hutan atau mendaki gunung. Tapi bila aku suarakan keinginan itu kepada seorang kawan, tiba2 kedengaran suara yg agak mengingatkan tentang keadaan diri.

'K.Su cukup staminakah utk buat semua tu?'

Dan aku terkebil2 sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...