Iklan

Apr 26, 2010

Hujan menolong membasuh keretaku

Bismillahirrahmanirrahim...

Selepas beberapa lama tak ada hujan, panas terik, berpeluh berhangat, duduk dalam opis macam tak nak keluar2 sebab tak terpikat dengan suhu yg meninggi di luar opis, hari ini hujan turun mencurah2.

Err.. ibarat beratus2 baldi ditumpahkan dari langit.

Sangat lebat, sehinggakan jalanraya pun tak berapa nampak ketika memandu.

Sekejap sahaja, banyak tempat2 yg rendah (jalan) dinaiki air. Meredah air la jawabnya.

Cuaca redup sampai ke petang, yakni sekarang masih lagi mendung tak nampak matahari.

Habis aku punya 'bucket test' kat kolam semalam tak jadi rasanya. Tak pegi tengok pun, tapi aku agak air dah penuh dalam baldi.

Tapi tak per, bersyukur menikmati hujan dan cuaca yg sejuk. ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...