Iklan

Apr 7, 2010

Kerna Setitik Hujan, Rosak Air Sekolam

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikumm w.b.t.

Ecehhh.. macam nak bagi ceramah punya mukadimah, tapi tak per. Perbuatan baik. Amalkan berbuat sesuatu dengan menyebut nama Allah. Insyaallah, ada berkatnya.

Tajuk post, cam tak boleh diterima akal. Tapi (pun ada tapi..) boleh diterima pada sesetengah orang yg faham situasi. Yang tk faham, bacalah sampai habis. Mungkin ada perkaitan dengan cerita ini, mungkin tidak. Anda sendiri tentukan. :D

Cerita kolam renang adalah cerita lama. Hampir tamat dah pun. Insyaallah, bulan Mei atau Jun nanti, the end la penamatnya. Tetapi (ada tapi lagi.. :( ), cerita kolam renang tidak tamat begitu sahaja. Banyak kesan yg tertinggal, kenangan tercipta, persahabatan dan permusuhan juga terjadi, dan segala macam lagi ragam bidang pembinaan. Bagi aku, ada baik dan buruknya. Cuma buruknya sangat tidak aku gemari.

Aku bukan tidak mahu ingat yg baik2nya, tapi aku ingin berkongsi yg buruk2 itu supaya dapat kita jadikan teladan utk masa2 akan datang (kalau ada). Walaupun, siapnya pembinaan itu adalah suatu kejayaan, tp secara peribadinya pd aku yg memahami situasi sebenar projek ini, siapnya projek ini dengan hati yg semakin tidak tenang.

Oh yer, ini bukannya cerita tentang profesionalisme ataupun fizikal pembinaan itu disiapkan. Ini cerita tentang cerita2 disebalik yg fizikal itu.

Disebalik profesionalisme semua yg terlibat, persahabatan juga terjalin antara semua. Kami selalu beramai2 berkumpul makan di mana2 ataupun sekadar beli bungkus dan makan di kabin mesyuarat. Sambil2 bercerita tentang perihal masing2 yg tidak termasuk dalam skop kerja kami. Jadi di situ kami menjadi rapat.

Dengan driver crane pun, bleh kenal baik. Dengan tokey simen pun terserempak kat mana2 mesti tekan hon. Dengan tukang pasang tiles, mesti dia senyum kalau bertembung kat mana2 (walaupun aku ingat2 lupa saper dia, aku tetap membalas senyuman itu). Eh.. senyum itukan sedekah. Dengan sumer2 la. Mungkin ada yg ikhlas. Mungkin juga ada yg berniat. Tapi, aku peduli haper. Orang baik dengan aku, aku balas baik jer la.

Tapi sekrg, itu semua tinggal kenangan jer. Sebab, bila keadaan mendesak, disebabkan kerja, senyum mula jadi pahit. Lembut mula jadi kasar. I mean, percakapan. Walaupun tidak berbalah cakap, tetapi segalanya sudah hambar belaka. Kalau dulu boleh bertepuk tampar, sekarang nak menyebut namapun mungkin cuba dielak. Ibaratnya.. begitulah.

Pengalaman ini sangat berharga sebenarnya. Ada bermacam2 jenis manusia yg aku jumpa dan kenal. Dan mereka2 ini ada bermacam2 ragam dan kerenah. Atas kekuatan diri sendiri juga, sama ada mahu terus bertahan atau tidak.

Errr.. tajuk di atas sangat benar bg yg memahami.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...