Iklan

Apr 9, 2010

Pagi, petang, siang, malam. Kerja, kerja, kerja.

Betul la cakap Chika (i mean entri yang dia buat masa tengah mood swing tu).

Memang dah lama aku sendiri rasa tak suka dengar ayat2 seperti 'kenapa perlu berkerja kuat2, penat2, pagi, petang, siang, malam utk kaya. Sedangkan aku (orang yg berkempen), duduk rumah, layan suami, layan anak2, ngadap pc jer sesekali boleh hidup senang lenang'.

Ya, ianya ayat yg sangat sarkastik bagi orang2 yg berpenah lelah bekerja pagi petang mencari sedikit kesenangan dalam hidup. Kalu dicakap camtu kat2 pekerja2 buruh kat site tu, mahu kepala kena pelangkung ngan besi Y12. Dia kerja penat2 dr pagi hingga petang dibawah terik matahari, orang boleh senang2 cakap, tak perlu buat sumer tu utk kaya. Weeiii.. kalu korang dah kaya dengan tak perlu keluar rumah, duduk kat rumah ngadap laptop bersandar di kerusi empuk dengan air-cond ke apa ker, diam2 dah la. Rezeki masing2 kan Tuhan dah tentukan.

Opss.. dengan aku2 dah berjangkit mood swing Chika. Hehe..

Anyway, bagi yang ada banyak wang pun, tak boleh membeli kebahagiaan juga.

Tapi kebahagiaan yg sebenarnya, boleh menjamin kesenangan. Senang kerana tiada perasaan tidak senang dengan kehidupan orang lain. Sentiasa bersyukur dengan apa yg dimiliki. Tiada keluh kesah, dan resah gelisah.

Oh ya, aku terasa jugak, sebab aku pun berkerja pagi petang ke hulur ke hilir utk mencari duit. Tapi aku suka dengan kerja aku. Aku tak susahkan orang, dan tak perlu sakitkan hati orang. Aku masih percaya bahawa untuk mendapatkan sesuatu kita perlu berusaha mendapatkannya, bukannnya menunggu ianya datang pada kita.

Sekian.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...