Iklan

Jun 19, 2011

Demam dan Agar-Agar Peach.

Hari Khamis lepas sudah terasa tidak berapa sihat. Sakit kepala berdenyut-denyut setiap kali terjaga dari tidur yang memang acap kali jaganya, akibat hidung yang tersumbat sebelah. Memandangkan malas untuk tidak pergi kerja (hahaha.. ada jugak orang macam ni!), maka telan dua biji actifast, dan sakit kepala itu hilang tidak lama kemudian. Tetapi tubuh masih rasa tidak segar. Teringat kata seorang kawan, sesekali kita kena biarkan demam keluar, jangan cepat sangat telan ubat yang biasanya menahan sakit bukan menyembuh sakit!


Jumaat, saya demam. Demam yang sungguh-sungguh. Tidak main-main lagi. Melepek sahaja sepanjang pagi. Tetapi tengaharinya, disebabkan cuaca yang panas, tiba-tiba teringin hendak makan agar-agar peach yang kelmarinya saya tengok resepi kat internet, tapi lupa di laman mana. Banyak sangat google resepi. Saya ada tulis resepinya, tapi disebabkan keringkasan caranya, maka saya salin pun secara sangat ringkas. Rasa larat nak bangun, saya gagahkan diri ke dapur. Tuang air dalam periuk secukupnya (saya langsung tak sukat), bubuh gula dan serbuk jelly konnyaku yang sebenarnya tertulis sudah ditambah gula tapi saya takut tak manis. Sementara menunggu serbuk jelly hancur, saya blend peach dalam tin dengan airnya sekali. Dah menggelegak air, saya tuangkan peach yang sudah hancur. Angkat, tuang dalam loyang dan sejukkan. Saya terbaring semula di dapur itu. Beralas tikar mengkuang.


Kebenarannya ialah, saya biasanya menggunakan serbuk agar-agar jenama Nona setiap kali membuat puding atau agar-agar. Terpengaruh dengan beberapa resepi dalam internet yang menggunakan serbuk Jelly Konnyaku, saya cuba beli sepaket yang tiada perasa. Saya pernah buat agar-agar milo, tapi disebabkan tak biasa dengan sukatannya (banyak mana serbuk dengan banyak mana air) maka, agar-agar itu menjadi terlalu kenyal. Langsung tidak sedap. Dah lama tu. Selepas itu, saya tidak guna lagi serbuk jelly yang masih banyak itu.

Dan buah peach dalam tin itu juga sudah lama dibeli. Kononnya hendak membuat peach cobbler. Tapi tak buat-buat juga. Kerana takut expired, saya cari jer resepi yang ringkas-ringkas menggunakan buah peach dalam tin.

Jadi, kali ini pun, adalah resepi try and error sahaja la. Kalau jadi, alhamdulillah. Kalau tidak, lainkali saya adjust apa yang patut.

Dalam 2 jam dalam peti ais, saya kononnya hendak membuat lapisan kedua. Susu segar dipanaskan dengan sedikit gula, manakala sesuku susu segar yang belum dipanaskan dicampur dengan tepung kastard. Kacau-kacau kasi hancur tepung kastard, kemudian dituangkan ke dalam susu yang dipanaskan. Didihkan sehingga agak pekat. Ok, saya telah tersilap disitu. Sebab main agak-agak sahaja sukatannya, saya terkurang tepung kastard, menyebabkan lapisan kastard saya tidak membeku.

Oh ya, saya tidak membuat dua lapisan. Tapi sementara menunggu campuran susu sejuk sedikit, saya telah mencedukkan sesudu demi sesudu agar-agar peach tadi ke dalam bekas kecik. Sesudu pula ke mulut. Oh, sedapnya! Sejuknya terus perlahan-lahan turun ke saluran esofagus. Nikmat sungguh dalam cuaca yang panas, dan tubuh juga panas ini.

Kemudian, saya tuangkan pula campuran susu kastard tadi ke dalam bekas berisi agar-agar. Letak semula dalam fridge. Petang bila dikeluarkan, biarpun lapisan kedua tidak membeku dan jadi seperti kuah kastard, tetapi ianya tetap sedap.


Maaf, kali ini tiada gambar. Petang ke malam, saya sangat tidak larat. Baru terfikir untuk ke klinik bila sudah teruk-teruk begitu, tetapi klinik pula saya tidak pasti buka atau tidak pada hari jumaat. Sangat tidak larat sehinggakan saya telan lagi 2 biji actifast. Esok paginya sabtu, saya bangun tidur dengan tubuh yang agak kuat walaupun tidak terasa segar. Saya kena pergi ke public library, giant dan ke kedai emas. Pergi secara cepat, tidak ada toleh-toleh tengok itu ini. 3 jam juga ke tiga tempat itu. Petang saya rehat sahaja, tidak dapat tidur pun kerana sehari sebelum sudah tidur banyak.


Hari ini, saya ok. Sedang menunggu Kek Pisang Cokelat saya masak dalam oven. Dibuat atas permintaan mak kerana pisang banyak di dapur, dan kek yang sama yang saya buat masa Hari Guru yang lepas, sedap.


Sambung nanti. Babai.

3 comments:

  1. assalam aya

    Tak dapat merasa, harap2 dapat lah tengok pic kek pisang cokelat tu. Dapat juga jamu mata .. he33


    Org yg sakit dapat pahala. semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. wsalam...

    wachak lama tak update blog naper? tk sempat ambik gambo, abih dulu. hahaha...

    benar sekali, maka hendak bersyukur dan tidak bersungut apabila sakit. :)

    ReplyDelete
  3. Dah jarang update blog sebab sekarang ni terlebih vitamin 'M' ... ha33


    Harap2 aya sdah chat sepenuhnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...